Nor Aqilah Satu-Satu Yang Terselamat Ketika Itu Menceritakan Keadaan Sebenar

 


Mereka berempat sedang balik dari percutian di Pulau Jerejak Pulau Pinang, semasa dalam perjalanan balik keadaan seperti biasa cuma badan sahaja terlampau letih kerana sudah beberapa hari di Pulau Jerejak.


Pulau Jerejak terletak di sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang, dulu terkenal dengan sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri, jika mahu ke Pulau Jerejak boleh menaiki feri kecil dari Bayan Lepas.


Pulau Jerejak boleh menaiki feri kecil dari Bayan Lepas


Sedang dalam perjalanan balik ke kampung halaman di Kedah, mereka melalui highway plus utara selatan dan membuat keputusan untuk berhenti di petrol pump Shell Sama Gagah di Permatang Pauh Pulau Pinang.


Masa ini telah berlaku kemalangan yang membawa kepada maut, 3 daripada empat wanita telah meninggal dunia di dalam kereta secara serentak, manakala seorang lagi kritikal. Apa yang sebenarnya berlaku? 


Ketika ditemuramah Nor Aqilah Mohd Safwan 21, dia telah menceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku. Selain dia, mangsa yang terlibat adalah rakannya Sharifah Farisha Syed Fathi, Ayuni Shazwani Shabri dan kembarnya Nor Adilah Mohd Safwan masing-masing berusia 21 tahun. 



Semasa sudah park kereta di tempat pili air petrol pump Shell di situ, Ayuni dan Farisha telah turun untuk membeli maggi dan tealive, tiba-tiba telefon Nor Aqilah berdering mendapat call dari Farisha yang menyuruh untuk membantu mereka berdua kerana tak cukup tangan untuk bawa makanan yang banyak. Manakala Nor Adilah stay di kereta.


Apabila mereka bertiga balik ke kereta dan mengambil posisi tempat duduk masing-masing, Nor Aqilah yang menceritakan keadaan sebenar berkata dia terus terlelap (pengsan), dalam pengsan tu dia hanya terdengar rakan-rakan lain seperti bersembang gelak ketawa.


Sedar-sedar Aqilah berkata dia sudah berada di hospital, apa yang menyedihkan dia mendapat tahu tiga orang partnernya telah meninggal dunia, berlalu dengan pantas seperti tidak disangka pihak forensik telah mengesahkan mereka terhidu gas karbon monoksida dan mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan pada jam 1.40 pagi.




Menurut Nor Aqilah dia berkata mereka semua tiada niat untuk tidur pun, mungkin disebabkan kebocoran gas di ekzos dan bunyi sesuatu itulah asbab hayat 3 orang lain pergi menghadap ilahi, semua dikhuatiri pengsan terlebih dahulu.


Aqilah cerita keadaan sebenar apa yang berlaku: 



Dalam pada itu, 3 daripada 4  mereka adalah pelajar kolej yang sedang menunggu hari konvokesyen graduasi tetapi nasib malang telah menimpa mereka.

Post a Comment

0 Comments