PDRM Meminta Saksi Tampil Bagi Membantu Siasatan Dakwaan Gangguan S3ksual Melibatkan Pendakwah Terkenal

 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta saksi termasuk mangsa berkaitan dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal tampil bagi membantu siasatan.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, ini bagi membolehkan pihaknya merakam percakapan dalam siasatan kes tersebut.


Menurut beliau, setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes terbabit dan pihaknya mengalu-alukan kerjasama berkenaan bagi membantu siasatan.




Pada 23 september lalu, polis sahkan membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.


Video berita: Sinar Harian


Siasatan itu dijalankan di bawah seskyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan. Pada masa sama, Abd Jalil berkata, kes berkenaan juga disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Post a Comment

0 Comments