Tak Sempat Rentas Negeri Balik Kampung Jururawat Meninggal Dunia Tinggalkan Suami Dan Seorang Anak Autism

 


Seorang jururawat yang berasal dari Temerloh Pahang telah meninggal dunia akibat penyakit jantung. Puan Norasmawati Binti Khirudin  atau dipanggil Asma telah menderita penyakit jantung yang dipanggil Chronic Thromboembolic Pulmonary Hypertension Underliying APLS (antiphospholipid syndrome). 


Sebenarnya beliau telah lama menghidap penyakit tersebut dan telah beberapa kali di tahan di dalam wad hospital.  Asma sebelum ini hidup berbekalkan dengan sambungan tangki oksigen  dan perlu diisi setiap bulan. 


Kos perbelanjaan perubatan beliau mencecah RM11, 000 sebulan. 


Menurut suaminya, Asma akan menjalani pembedahan berkaitan membaki injap jantungnya dan paru-paru  namun beberapa kali di tunda ke tarikh yang baru. Sehingga baru-baru ini berita gembira yang di tunggu-tunggu Asma tiba iaitu tarikh pembedahan beliau telah dimuktamadkan. 


Namun, Allah lebih menyayangi Asma dan beliau telah meninggal selepas pembedahan dijalankan. Asma telah meninggalkan seorang anak lelaki autism yang sangat rapat dengannya. Status terakhir Asma dimuatnaik dalam laman sosial iaitu memohon maaf kepada semua kenalan seakan-akan dia tahu, dia akan pergi jauh.












Post a Comment

0 Comments