(Video & Foto) 'Pak Belang' Sesat Masuk Kampung, 1 Kampung Lari Bertempiaran

 


Berita mengejutkan penduduk Kampung Besol Bukit Besi Dungun, apabila terlihat 'pak belang' sesat masuk kampung menurut laporan metro, ini juga merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah apabila harimau masuk kampung dan mengaum.


Hasil siasatan setakat ini, harimau itu tidak menyerang  penduduk kampung dan ternakan, ketika dihubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu sedang mengesan harimau tersebut.


Sedang Membaiki Rumah



Saksi Mohamad Harun mengatakan beliau nyaris diterkam harimau sebelum sempat mengetuk beberapa kali kepala harimau itu, apabila ditanya:


Saya sedang memegang tangga sambil mendongak melihat anak membaiki bumbung rumah, tiba-tiba seperti ada yang benda basah yang menjilat saya, dan saya menyangka anak bongsu bermain di belakang di rumah.


Selepas dua kali mengetuk saya terasa ia berbulu, sebaik menoleh alangkah terkejut saya melihat seekor harimau setinggi lebih satu meter di belakang. Apa lagi hundred meter la macam tengok cerita hantu kak limah.


Saya Berlari Dan Terus Terjun Sungai



Selepas lari ke arah jambatan, manakala anak saya terjun ke bawah dan masuk ke dalam rumah, tiba-tiba saya diterkam seekor harimau lagi, saya percaya itu harimau yang lain kerana ia lebih kecil sedikit dan berbulu cerah dari yang tadi, lantas saya ambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai.


Menurut Jabatan Perhilitan Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, kemungkinan dua ekor harimau itu adalah binatang peliharaan yang dilepaskan oleh tuannya ke dalam hutan memandangkan gayanya yang jinak, tapi disebabkan tersesat harimau itu masuk ke kawasan kampung.






Kehadiran 'Pak Belang' 


Detik cemas dijilat 'Pak Belang' 



Post a Comment

0 Comments