Datin Rabecca Nur Al Islam Still Anggun Dan Awet Muda Walaupun Beranak Lapan

 


Datin Rabecca Nur Al Islam Binti Ahmad merupakan artis kelahiran negeri Johor, beliau mempunyai lapan anak termasuk dua anak angkat.



Rindu Bidang Lakonan


Semestinya Datin Rabecca merindui bidang lakonan selepas hampir 8 tahun menyepikan diri.


Sekarang saya fokus kepada keluarga sepanjang tempoh tersebut, Rabecca rindu untuk beraksi di hadapan kamera, katanya.




 "Saya akui saya sangat merindui bidang lakonan. Saya rasa teringin untuk berlakon kembali, membaca skrip dan menghayati watak. Tempoh lapan tahun saya rasakan sangat lama.


"Namun begitu, saya tidak ralat kerana kehidupan seharian saya terisi dengan baik. Saya memberikan tumpuan kepada suami, keluarga dan anak-anak.




"Saya juga terlibat dengan bisnes hijab yang diberi nama Anggun Anggerik Shawl Hijab, " kata Rabecca.


Tambah Rabecca dia masih lagi mendapat tawaran lakonan tetapi dirinya bersikap lebih selektif bersesuaian dengan tugas hakikinya sebagai seorang isteri dan ibu.


"Saya masih mendapat tawaran tetapi saya bersikap memilih. Kalau boleh, saya mahukan watak yang memberikan kesan. Pada masa yang sama, watak itu harus bersesuaian dengan penampilan sayaa yang berhijab.


"Selain itu, saya juga enggan bekerja di luar daerah terlalu lama kerana tidak mahu meninggalkan suami dan anak-anak. Saya harus mendahulukan banyak perkara sebelum bersetuju dengan sesuatu tawaran lakonan.


Mengakui suaminya tidak menghalang minatnya dalam bidang lakonan, Rabecca tetap mahu memberi keutamaan kepada keluarga.


"Suami saya seorang yang sporting dan menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Namun begitu, keluarga menjadi keutamaan dalam hidup saya.





"Jika dahulu, nama Rabecca Nur Al Islam memang dikenali dengan karakter wanita penggoda dan bersikap daring, kini saya tidak boleh lagi menerima watak-watak sedemikian. Saya harus menjaga batas. Pada masa yang sama, saya harus menjaga hati keluarga saya dan keluarga suami, " katanya lagi.


Kahwin Pada Tahun 2011


Datin Rabecca menamatkan zaman bujangnya pada usia 25 tahun dengan seorang peguam Nor Azam Sulaiman.


Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan selama tiga tahun sebelum diijabkabkan. Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.


Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan pereka fesyen Calvin Thoo manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.





Post a Comment

0 Comments