Jadual Pembayaran i-Citra KWSP (Bulan Disember 2021)

 


SEMAKAN TARIKH BAYARAN I-CITRA DISEMBER 2021


Ramai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra setiap bulan ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?


Dengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.


Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 5 bulan.


Bagi bulan Disember ini, bayaran dijangka akan dibuat secara berperingkat bermula 1 Disember 2021.




Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.




Berikut adalah cara membuat semakan kelulusan (bagi yang baru memohon) dan caa melihat status / tarikh bayaran yang lebih tepat melalui i-Akaun ahli KWSP.


Cara Membuat Semakan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP


i) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui Laman Web i-Citra


Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Citra

  1. Layari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan


ii) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui i-Akaun

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Julai, sila rujuk langkah di bawah:

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra
  6. Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah



Semakan Tarikh Bayaran i-Citra (Jadual Bulanan)


Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:


Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.

  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua pun sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Post a Comment

0 Comments