"Saya Tak Kata Mahal" Pemilik Sebenar Resit Sotong Apollo Dedah Difitnah

 


Saya owner gambar resit berkenaan dengan restoran HAMEEDIYAH ingin memohon maaf diatas kesalah fahaman yang berlaku ini . 


Pada jam lebih kurang 5petang ( 23/11/2021 ) , saya pergi ke restoran berkenaan untuk membeli makanan , saya dan pasangan telah mengambil 2 ekor sotong goreng apollo yang berharga RM50 seekor . Saya juga melihat owner restoran key in harga tersebut , dan saya tidak membantah untuk harga tersebut kerana sebelum ini saya juga pernah pergi ke restoran yang sama dan order makanan yang sama , jadi saya tahu dengan harga makanan berkenaan kerana sama dengan sebelum ini . 


Saya hanya upload di IG Story , dan tidak meletakkan caption mahal atau sebagainya . Tetapi ada pihak yang " screenshot " posting berkenaan dan memuat naik di laman facebook beliau serta tag lebih kurang 70orang dengan caption " Hati hati kawan2..yg mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga 2 ekor sotong boleh cecah smpai Rm100. " 


Posting berkenaan telah viral selepas beliau muat naik dengan caption sebegitu . Disini saya ingin jelaskan bahawa harga berkenaan memang harga yang sepatutnya oleh kerana sotong yang kami ambil itu sotong bersaiz besar , dan harga berkenaan tidak mahal kerana saiznya berbaloi , jadi untuk sesiapa yang telah salah anggap dan mengatakan saya cakap harga itu mahal adalah tidak benar . Harga sama dengan sebelum ini saya beli di restoran berkenaan . 


Saya tidak berniat untuk viralkan posting berkenaan , tetapi ada pihak lain yang telah screenshot dan memuat naik di laman fb dengan caption yang seakan akan ingin mengatakan saya mengadu tentang harga berkenaan . 


Jadi dengan penjelasan ini saya harap orang ramai tidak salah faham lagi di antara harga dengan posting sebenar saya . 


Saya juga ingin memohon maaf dia atas kesalahan pihak saya , dan orang yang viralkan posting berkenaan , saya harap orang ramai jelas dengan isu ini . Terima Kasih .





Sumber : HAMEEDIYAH RESTAURANT

Post a Comment

0 Comments