Bantuan RM600 x 6 Bulan | Mohon Sebelum 31 Disember 2021

 


Kerajaan telah umumkan bantuan khas untuk pekerja-pekerja di Malaysia. Bantuan kewangan sebanyak RM600 selama 6 bulan ini bertujuan untuk membantu majikan yang terkesan dengan wabak pandemik ini.


Program ini dinamakan sebagai Program Subsidi Upah (PSU) yang telahpun diperkenalkan kerajaan sejak tahun lepas.


Program Subsidi Upah


Bagi tahun ini dalam pakej PEMULIH, kerajaan telah umumkan PSU 4.0 yang berkuatkuasa dari 1 Ogos 2021 hingga 30 Oktober 2021.


PSU yang terbaru ini telah ditambah baik dan dibuka kepada lebih banyak sektor dan juga lebih ramai pekerja yang akan dapat manfaat ini.


Kerajaan Akan Membantu


Melalui program ini, pihak kerajaan telah meniliti dan menampung :

  • RM600 untuk setiap pekerja yang terlibat
  • 500 pekerja untuk setiap majikan
  • Bayaran untuk tempoh 6 bulan
  • 2 Bulan untuk semua sektor fasa kedua PPN & 2 bulan khas dalam senarai negatif semasa fasa ketiga


Syarat Permohonan


Untuk memohon inisiatif ini, berikut adalah syarat kelayakan :

  • Kadar penurunan jualan/ pendapatan tahun 2021 sebanyak 30% atau lebih.
  • Majikan & pekerja perlu daftar/ carum PERKESO sebelum 1 Jun 2021.
  • Majikan mempunyai SSM atau PBT sebelum 1 Jun 2021
  • Tiada had gaji pekerja.
  • Majikan perlu kekalkan pekerja yang tersenarai sepanjang program ini berjalan.
  • Majikan dibenarkan untuk kurangkan gaji atau kurangkan waktu bekerja mengikut persetujuan pekerja.


Cara Permohonan

Hanya majikan sahaja yang boleh membuat permohonan ini.

Sila buat permohonan sebelum 31 Oktober 2021.

  1. Sila layari portal permohonan di https://psu.perkeso.gov.my/
  2. Klik Permohonan PSU 4.0
  3. Taip aktiviti industri perniagaan anda dan tekan cari
  4. Jawab setiap soalan yang dikemukakan
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan seperti senarai nama pekerja, maklumat akaun bank majikan (salinan), BRN majikan, Salinan SSM, dan akuan pengisytiharan.


Maklumat Lanjut

Untuk pekerja pula, bagi menyemak sama ada majikan anda telah lulus permohonan PSU ini, anda boleh semak di https://www.myfuturejobs.gov.my/. Anda juga boleh semak berapa ramai pekerja yang lulus.

Semoga semua mendapat manfaat daripada bantuan ini. SHARE dan kongsi artikel ini kepada majikan anda.



Post a Comment

0 Comments