'Cintaku Ditolak, Keretamu Kubakar'

 


Kuala Lumpur - Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki gelandangan membakar kereta milik seorang wanita di pangsapuri Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi kelmarin.


Kejadian diketahui wanita terbabit daripada seorang jiran kira-kira jam 5.20 pagi sebelum bergegas turun dan melihat sepasukan anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata hasil soal siasat dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian pihaknya dapat mengesan suspek kejadian.


"Suspek yang juga gelandangan berusia 29 tahun itu ditahan di Bandar Kinrara, Puchong pada hari sama.


"Semakan mendapati suspek yang berasal dari Seri Kembangan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga negatif," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal, pakaian dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.


"Siasatan mendapati suspek tidak puas hati selepas wanita itu menolak cintanya sejak setahun lalu.


"Suspek direman lima hari sehingga 10 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya


Video Penuh: 




Post a Comment

0 Comments