Fazura Batalkan Hasrat Ke Luar Negara Demi Anak

 


"Maaf Fatima. Nampaknya kita tak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat. Mommy sayangkan awak melebihi segalanya," demikianlah tulis pelakon Nur Fazura yang membuat keputusan membatalkan hasrat untuk membawa puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisha bercuti ke luar negara, dek bimbang dengan v@r1@n baru 0m1cr0n yang lebih berbahaya dan cepat merebak.


Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Fazura memuat naik laporan berita tentang penyebaran virus 0m1cr0n. Ujarnya, demi keselamatan Fatima dia tidak akan bercuti mana-mana.


Perkongsian isteri kepada Fattah Amin itu yang bertindak bijak tidak melakukan sebarang pergerakan keluar negara itu mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang meninggalkan emoji tanda bagus di ruangan komen.




Selain Noor Hisham, ruangan komen hantaran pelakon dan usahawan itu juga dibanjiri ratusan respons daripada rakan artis dan peminat yang bersetuju dengan tindakannya: "Ya, lebih baik duduk rumah," kata pelakon Nad Zainal. 


Sumber:artismalaysia

Post a Comment

0 Comments