Ismail Izzani Bantu Mangsa Banjir, Sedih Melihat Kucing Banyak Mati

 


Sayu dan pilu hati melihat banjir yang sedang melanda di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Hujan lebat berterusan tanpa henti telah menyebabkan kawasan tersebut mengalami banjir kilat. Penduduk tidak bersedia dengan banjir besar yang melanda kerana banjir sebegini pertama kali berlaku  meliputi kawasan yang lebih besar daripada sebelum ini. 




Ramai NGO dan artis turut turun padang untuk memberikan bantuan. Salah seorang artis turut memberikan sumbangan iaitu Ismail Izzani yang turun ke lokasi meredah lumpur dengan mengenderai Ford Ranger. Beliau sempat singgah di sebuah kedai dan melihat kucing yang mati bergelimpangan akibat lemas. Ketika air kian surut barulah jasad kucing yang lemas ini kelihatan disebalik lumpur. Ada juga yang terperangkap di dalam kandang dan tidak mampu menyelamatkan diri akibat air yang naik begitu cepat. Ramai yang turut menzahirkan duka cita sehinggan ada netizen yang membayangkan  keadaan kucing yang  menggelupur ketika lemas di dalam air. 


VIDEO: 


Dalam pada itu  bomba melaporkan perkembangan terkini, tujuh mayat ditemukan manakala seorang masih hilang di kawasan banjir di seluruh Selangor setakat petang ini. Ribuan orang kehilangan tempat tinggal dan kerosakan dianggarkan mencecah jutaan ringgit.






Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bersama-sama membantu mangsa banjir.  Semoga mangsa sentiasa sabar dan meneriam ujian dengan redha.

Post a Comment

0 Comments