"Shah Rukh Khan Asal Indonesia..?"

 


Seorang pemuda di Aceh menjadi viral selepas dikatakan mirip pelakon India Shah Rukh Khan. Pemuda Aceh ini memuat naik beberapa babak video pendek di akaun Instagram peribadinya @rahul_aceh1810 kerana disebut ada iras pelakon Bollywood tersebut.


Selepas dijejaki, pemilik akaun @rahul aceh1810 itu ternyata mempunyai nama penuh Teuku Hasnawi (28).



Beliau merupakan seorang pemuda kelahiran Daerah Pidie, tetapi ketika ini beliau mengaku tinggal di Daerah Aceh Tengah.Indonesia.


“Nama penuh saya Teuku Hasnawi, berasal dari Pidie, dan kini tinggal di Kabupaten Aceh Tengah, bekerja di restoran,” kata Hasnawi ketika dihubungi.


Hasnawi mengakui ketika ini statusnya masih belum berkahwin, aktiviti hariannya di Kabupaten Aceh Tengah adalah sebagai pekerja dan tinggal bersama beberapa rakan di salah sebuah restoran.


Hasnawi mengakui sudah lama mengagumi dan mengikuti filem lakonan Shah Rukh Khan.


Dia terinspirasi  semua gaya dan pergerakan Shah Rukh Khan.


“Saya sangat mengagumi Shah Rukh Khan dari sisi lakonannya, baik ketika berlakon sedih mahupun lucu, jadi saya suka meniru pergerakan dan gaya rambutnya seperti dalam video yang saya muat naik di IG,” jelasnya.




Sumber: Kompas.com

Post a Comment

0 Comments