(Video) - Filem 6 Jahanam, Babak Di Warung Mi Rebus Apa Maksud Sebenar

 


Filem 6 Jahanam diterbitkan oleh Merdeka Film Productions pada tahun 1969, penulis dan pengarahnya sendiri adalah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.


Bintang utama dalam filem tersebut adalah P.Ramlee, Nor Azizah, Yusof Latiff, Idris Hashim dan ramai lagi.


Penulis ingin menyunting sedikit babak di warung - P.Ramlee sebagai Tantari dan Yusof Latiff sebagai Damburi.


Yusof Latiff sebagai Damburi


Video Di Warung Mi Rebus:




Yusof Latiff - Semua nak selamat nyah dari sini 


Jangan takut kepada pemimpin atau mana-mana kumpulan kononnya mereka hebat apabila bercakap, jika ada kejahatan mereka kita wajib betulkan sedangkan kita diperuntukkan untuk takut pada Allah dan mengikut perintah Rasulullah. Umat Islam semakin lalai.


P.Ramlee - Bilang sama orang itu sarang Tabuan jangan dijolok, sekarang anda pergi buatkan hamba mee rebus


Bukan sahaja customer always right, P.Ramlee mengatakan kita perlu hormat pemimpin, selagi seorang pemimpin itu memegang amanat Allah, memegang agama dalam genggamannya, berserahlah dan taat padanya, jangan menderhaka kepada Nabi Muhammad/Raja/Pemimpin mereka itu utusan tuhan dan pewaris nabi.


Yusof Latif - Jangan buat apa-apa pun


Nak dengar cakap iblis atau turut perintah agama


P.Ramlee - Pergi buat mi rebus 


Apabila Allah berkata dalam quran dengan bersumpah atas nama nabi Muhammad,  ingat perkara yang ditegah wajib kita tinggalkan, sentiasa patuh dan taat pada tuhan jika engkau kata sudah kenal tuhanmu


Selepas itu terjadilah sedikit pertelingkahan, maksudnya kadang-kadang hidup ini penuh ragam, bantuan dah dihantar pun kita masih ego, cuba buang ego tu pasti bahagia. Kalau nak tahu lagi tontonlah filem penuh 6 Jahanam. Simbolik Yusof Latif datang ke warung tu nak bagitahu juga Allah sedang menghantar pertolongan kepada hambanya yang sentiasa sabar (P.Ramlee dalam kesusahan untuk banteras 6 Jahanam), dengan tanpa diduga pertolongan Allah muncul, Yusof Latif telah membantu P Ramlee (yang telah menuntut ilmu pendekar) untuk menghapuskan 6 Jahanam. Di sini nak bagitahu jika berada dalam kesusahan dan perlukan bantuan mengadulah kepada Allah dan Rasulnya, janji Allah itu pasti, DIA akan menghantar bantuan kepadamu tanpa ragu-ragu lagi, dengan kesabaran, yakin, serta berserah.


Berseni kan! Bila cerita ada jiwa tengoklah macam mana pun takkan bosan bahkan penuh pengajaran di dalamnya. Tontonlah dengan penuh penghayatan.


Filem Penuh 6 Jahanam (1969)

Post a Comment

0 Comments