Baru Bercerai, Datuk Pula Meninggal

 


Januari yang menyedihkan buat pelakon terkenal Siti Saleha Binti Baharum (32) yang telah menerima dua khabar duka dalam masa sehari.  Isnin lepas Siti Saleha telah sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya Ahmaf Lutfi Azhar di Mahkamah Syariah Klang. Menurutnya, walaupun beliau sendiri memfailkan cerai, namun perasaan sedih itu tetap ada. Tiada siapa yang menginginkan penceraian namun beliau redha dengan takdir Allah. 




Selepas menerima berita penceraian, beliau mendapat khabar dari United Kingdom yang  datuknya turut meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung. Dua khabar duka ini sedikit sebanyak memberi rasa perit dihatinya. 


Namun begitu menurutnya, dia  tetap tabah  mengharungi dugaan hidup seperti wataknya sebagai Mia Adrianna dalam drama popular 7 hari mencintaimu. Mia digambarkan seorang wanita tabah yang menghadapi pelbagai konflik dan cabaran dalam hidup berumahtangga. Beliau sangat terkesan dengan wataknya sebagai Mia. Watak Mia tersebut memberikan inspirasi kepadanya untuk menjadi wanita yang lebih kuat. Siti Saleha kini, kian sibuk dengan drama tersebut yang  telah menjalankan penggambaran untuk siri ketiga. 


Biografi Siti Saleha


Siti Saleha merupakan anak kelahiran Basildon England. Beliau berdarah kacukan daripada sebelah ibunya iaitu Tracey Johnson  yang berasal daripada United Kingdom manakala ayahnya berdarah Melayu iaitu Mohammad Baharum Bin Abdul Rahman. Beliau mempunyai seorang abang  iaitu Shamsul Annuar yang lebih dikenali  Sam Bunkface. Sam merupakan vokalis kumpulan Band Bunkface.






Post a Comment

0 Comments