Masih Ingat Lagi Allahyarham Seniman Ahmad B! King of Stunt - Ringkasan tentang Ahmad B

 


Nama penuh Ahmad B adalah Ahmad Bin Abdul Hamid dilahirkan pada tahun 30an Di Pahang Kuala Lipis. Admin percaya even generasi 80-90 lahir ketika itu pun mesti kenal dengan sosok ini, bukan kerana apa nama Ahmad B ni dikira mula femes hujung tahun 90 dalam drama RTM seperti slot akasia serta telemovie lain. Kira beruntung juga ada generasi kini yang kenal kecuali yang mana lahir tahun 2000 ke atas.


Asalnya beliau mula dalam dunia seni ini sekitar hujung 40 an apabila bergabung bersama kumpulan Bangsawan, gelaran Ahmad B itu juga merujuk pada anggotanya iaitu Rahman B. 


Kisah yang menarik mungkin ramai yang nak tahu, selepas kejatuhan zaman  kegemilangan Bangsawan Ahmad B mula mencebur dalam babak 'stuntman' sehingga digelar 'King of Stunt' oleh pelakon Hindi Kaber Bedi selepas melakukan adengan stuntman dalam filem antarabangsa bertajuk SANDOKAN PIRATE OF MALAYSIA (1976). 


Beliau berjaya melakukan aksi guling di lereng bukit, campakkan diri atas dek kapal, terjun bangunan dalam filem produksi dari negara Itali yang mana ketika itu penggambarannya dilakukan di Singapura, Pengkalan Setar dan Kuala Terengganu.


Kata Allahyarham Ahmad B ketika itu " Pelakon Bangsawan yang baik melakukan sendiri semua adegan ".




Beliau juga mencatat dalam senarai pelakon bersama Seniman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1971 dalam filem bertajuk 'Jangan Tinggal Daku ' dalam penampilan khas dalam babak kereta kemalangan dan di Kelab Malam.


Agaknya Allah temukan jodoh beliau dengan peminat pada 80-90 an kerana pada masa itu namanya lebih menonjol, apabila melakukan debut bersama anaknya pelakon popular wanita ketika dahulu iaitu Ainina Ahmad B dalam drama siri dan telemovie lain. Paling diingati ketika itu adalah Datuk Limbong arahan Aziz Jaafar dibintangi Aziz Abdullah dan Hail Amir.




Pada tahun 1997 Ahmad dianugerah pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Agong ke 9 iaitu Tunku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. 


Beliau telah menghembus nafas terakhir pada 2 Jun 2004 di kediamannya meninggalkan isterinya Alijah Abdul Rahman yang juga pelakon Bangsawan serta empat orang anak; Mohamad, Ainina, Omar Baki dan Abdul Rahman. Seniman Ahmad B dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Tunku Petaling Jaya.


Semoga Allahyarham Ahmad B ditempatkan bersama mereka yang beriman, Al Fatihah





Sumber: Ainina Ahmad B ( anak Ahmad B), Kelab Filem Muzik Melayu Klasik dan Penulisan Azlan Adnan

Post a Comment

0 Comments