Ini Harga Baru Ayam Mulai Hari Ini. Peniaga Ayam Seakan Merajuk Bagitahu Stok Ayam Dan Telur Habis

 



Rasanya dalam sebulan dua lagi, akan ramai peniaga ayam kecil kecilan terutama bangsa Melayu  yang akan "meninggal".


Ini puncanya :


1. Mereka berniaga kecil kecilan. Margin untung mereka tak banyak. Dalam RM1 saja bagi seekor.


Sekarang ni, nak dapat stok ayam pun mereka dah susah.


Kalaulah depa dapat ayam 200 ekor. Roughly untung bersih RM200. 


Tapi nak upah proses lagi, nak bayar gaji pekerja lagi. Tolak pi tolak mai, tak ke mana. 


Bersih yang tinggal kat mereka, tak seberapa. 


Nak berhenti berniaga pun tak boleh, sebab kalau berhenti nanti customer akan ambil ayam dari orang lain. 


Sian dia orang ni. Sejujurnya, saya sangat bersimpati. 


Risau risau mereka tak mampu nak tampung kos operasi lagi lepas ni.


2. Dalam tempoh 2-3 bulan lagi, bila kerajaan "Surrender" dengan tekanan penternak yang nak naikkan ayam. 


Waktu tu, peniaga ayam berbangsa Melayu kecil kecilan tadi mungkin dah "meninggal".


Then apa akan jadi, peniaga ayam bangsa lain yang bertahan akan monopoli bisnes ni. 


Tak percaya tak pe. Tunggu jer 3-4 bulan lagi. We will see. 


Sekarang ni, kerajaan buat harga syiling untuk ayam. Cadangan saya kepada peniaga ayam. 


Jangan jual ayam bulan kepada customer. 


Tapi, jual ayam secara parts. Ayam yang dijual secara parts tak ada kawalan. 


Jadi potong ayam siap siap, bahagi ikut part. Then jual paha harga lain, dada harga lain, thigh harga lain. Dengan cara ni, peniaga boleh bernafas lagi. Pelanggan pula, bawa bawa la sokong peniaga kecil kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Fakta.


Saya ni sajalah nak share



Ayam Hidup bagi Semenanjung: / kg

Harga ladang (RM5.60)

Harga Borong (RM6.05)


Ayam Standard bagi Semenanjung: /kg

Harga Borong (RM7.60)

Harga Runcit (RM8.90)


Ayam Super bagi Semenanjung: / kg

Harga Borong (RM8.90)

Harga Runcit (RM9.90)


Telur Ayam Gred A bagi Semenanjung: / biji

Harga Ladang (RM0.39)

Harga Borong (RM0.41)

Harga Runcit (RM0.43)


Telur Ayam Gred B bagi Semenanjung: / biji

Harga Ladang (RM0.37)

Harga Borong (RM0.39)

Harga Runcit (RM0.41)


Telur Ayam Gred C bagi Semenanjung: / biji

Harga Ladang (RM0.35)

Harga Borong (RM0.37)

Harga Runcit (RM0.39)


Tahu tak tekanan yang dihadapi oleh peniaga ayam sekarang ni.


Mereka sebenarnya bayar harga lebih dari yang ditulis di Delivery Order mereka. 


Contoh. Mereka beli harga RM8.20, tapi dalam DO tulis RM7.90 sahaja bagi mematuhi kawalan harga ayam. 


Sian dia orang ni. Tak beli harga ni pun tak boleh. Pemborong tak hantar ayam kat dia orang. 


Tapi, inilah dunianya.


Asam garam, sepak terajang dalam permainan ayam. 


Ayam ni makanan asasi rakyat Malaysia. Sumber protien tertinggi dan termurah di Malaysia. 


Saya yakin, dalam beberapa bulan lagi harga ayam nak tak nak akan naik juga. Kerajaan surely akan "kalah" dengan penternak. 


Sekarang ni, lepas kerajaan turunkan lagi harga ayam. 


Penternak sedang slowkan lagi kemasukan anak ayam. Subsidi dedak kononnya nak dibagi tak tahu punca lagi caranya. 


Jika kerajaan gagal uruskan hal ini dengan baik. Kita boleh tengok kesannya dalam 2 bulan dari sekarang. 


Sekian.


Kredit Mohd Firdaus Mat Saad

Post a Comment

0 Comments