Nabila Razali Stress Kena Covid19 Kali Kedua

 


PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi disahkan positif dijangkiti Covid-19. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali menerusi satu perkongsian dalam Instagramnya.


 “Assalamualaikum, dukacitanya saya ingin maklumkan bahawa saya dijangkiti virus Covid-19 buat kali yang kedua (ya kali kedua),” katanya. Begitupun, penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua itu tidak memperincikan mengenai jangkitan pertamanya dialaminya. 


Menerusi hantaran sama, Nabila turut menyatakan permohonan maaf kepada mana-mana pihak yang berdepan kesan akibat keadaan dirinya.



Kata selebriti berusia 29 tahun itu, tempoh kuarantin selama 10 hari yang perlu dilalui mengakibatkan beberapa acara yang sudah dipersetujui perlu dirombak semula.


“Banyak kerja terpaksa saya tangguh atau batal untuk 10 hari mendatang.


“Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini.


“Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid-19 itu masih wujud di luar sana. Jaga keselamatan. Wassalam,” katanya.


Kredit: Kosmo

Post a Comment

0 Comments