Terkini: Jadual Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

 


Jadual Tarikh Bayaran Bila Duit BKM Masuk Bank Dan Semakan Jumlah Keseluruhan Bantuan Keluarga Malaysia Kategori Bujang Dan Isi Rumah Serta Warga Emas 


Pembayaran duit bantuan kewangan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 akan dimasukkan atau dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima ataupun membuat tuntutan tunai di cawangan BSN bagi penerima yang tiada akaun bank setelah Permohonan baru, Kemaskini Maklumat atau Permohonan Rayuan masing-masing telah disahkan berjaya. 


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan skim bantuan bersasar yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). 


BKM dilaksanakan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik bermula Januari 2022. 


Sama seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelumnya, pembayaran Duit BKM 2022 turut akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai jumlah kadar keseluruhan berdasarkan kategori pendapatan bulanan Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 


Jumlah Bayaran Asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Yang Akan Diterima


Berikut adalah perincian Jumlah Bayaran Asas BKM yang akan diterima mengikut Kategori, Pendapatan dan Bilangan Anak penerima




Jumlah Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 


Penerima kategori Isi Rumah BKM 2022 juga akan menerima jumlah tambahan BKM sekiranya menepati perkara-perkara seperti di bawah. 


1) Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat (sila rujuk syarat kelayakan); atau 


2)Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat (sila rujuk syarat kelayakan).




Infografik Ringkasan Keseluruhan Maklumat Lengkap Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022




Fokus Jadual Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 


Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengeluarkan Jadual Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 sebagai rujukan penerima. 


Cara Dan Kaedah Pembayaran Kepada Penerima BKM 2022 Bantuan Keluarga Malaysia


Pembayaran BKM 2022 akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Sungguhpun begitu, bagi penerima baharu BKM 2022 yang masih tidak mempunyai akaun bank ataupun tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan, perlu membuat tuntutan pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).




Maklumat Pemohon Baru Dan Penerima Sedia Akan Melalui Proses Semakan 


Maklumat Pemohonan BKM 2022 yang baharu, mahupun kemaskini maklumat penerima sedia ada akan melalui proses verifikasi yang dilakukan secara menyeluruh dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti pendapatan bulanan terkini pemohon baru dan penerima sedia ada. 


Agensi Terlibat Dengan Semakan Data Antara agensi-agensi yang terlibat dengan semakan data Bantuan Prihatin Rakyat adalah seperti berikut. 


1) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 

2) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 

3) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 

4) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

5) Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) 

6) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 

7) Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. 


Objektif Proses Verifikasi Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022 


Proses semakan maklumat terkini permohonan baru dan penerima sedia ada yang dijalankan oleh LHDN ini adalah bertujuan bagi memastikan Skim Bantuan Keluarga Malaysia disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak menerima. 


Jadual Tarikh Dapat Duit BKM 2022 Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia


Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022 serta maklumat nilai jumlah bantuan kewangan yang akan diterima oleh pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan dan kemaskini maklumat mereka disahkan berjaya. 


Carta Jadual Tarikh Pembayaran BKM 2022 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah




Carta Jadual Tarikh Pembayaran BKM 2022 Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM5,000




Carta Jadual Tarikh Pembayaran BKM 2022 Kategori Isi Rumah Warga Emas Berumur 60 Tahun Dan Keatas (Ada Anak) Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah




Carta Jadual Tarikh Pembayaran BKM 2022 Kategori Isi Rumah Warga Emas Berumur 60 Tahun Dan Keatas (Ada Anak) Berpendapatan RM2,501 Hingga RM5,000


Carta Jadual Tarikh Pembayaran BKM 2022 Kategori Individu Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berumur 60 Tahun Dan Keatas Berpendapatan RM5,000 Ke Bawah


Carta Jadual Tarikh Pembayaran BKM 2022 Kategori Individu Bujang Berumur 21 Tahun – 59 Tahun Serta OKU Bujang Berumur 19 Tahun – 59 Tahun Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah








Post a Comment

0 Comments