Tiga Ahli Politik Dibvnuh Secara Misteri | Siapakah dalangnya?

 



Di sini admin ingin mengingati cerita lama kembali, beberapa ahli politik yang dikatakan dibvnuh secara misteri dan tiada siapa pun tahu dalangnya. Antaranya:


1) Datuk S. Krishnasamy Adun Tenggaroh


Pada 11 Januari 2008 jam 2.30 petang, ketika mangsa mahu masuk ke dalam lif bangunan MIC Johor  Jalan Segget mangsa telah dit3mbak ma.ti tepat di kepala. Menurut laporan polis suspek adalah berbangsa India berusia lingkungan 30an, tubuh badan sederhana, serta kulit sederhana gelap. Selepas itu suspek lari dengan menunggang motosikal Yamaha RXZ berwarna merah menuju terus ke jalan Wong Ah Fook.


Mayat mangsa ditemui dalam lif oleh ketua MIC johor iaitu R Vithiya Mohan, sebelum dibvnuh, mangsa sememangnya telah menerima ancaman bvnuh beberapa kali akan tetapi motif tidak diketahui. Mendiang S.Krishnasamy telah dikebumi di Tangkak Johor.


Ketika itu pihak Polis berharap suspek tidak meloloskan diri ke luar negara melalui pintu utama, dan polis telah menahan 13 orang dan merekodkan sebanyak 56 keterangan, tidak lama selepas itu mereka semua dibebaskan kerana tiada bukti yang cukup.


Hari yang berikutnya pada 12 januari 2008, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, beritahu bahawa mendiang Krishnasamy ada menerima panggilan telefon tetapi tidak diambil serius, Samy Vellu juga menasihati orang lain hendaklah ambil langkah berjaga-jaga kerana tarikh pemilihan MIC semakin hampir.


Datuk S.Krishnasamy

Mangsa juga bekas kontraktor meninggalkan seorang balu, Datin Sornavalli a/p Narayanan dan 4 orang anak, mendiang menjawat jawatan dalam parti Ahli Majlis Tertinggi MIC Kebangsaan dan juga Timbalan Pengerusi MIC Negeri Johor.



Lokasi Pembvnuhan


Mendiang juga menang dalam pertandingan pilihanraya umum ke-10 tahun 1999, dengan mengalahkan calon PAS Sheikh Abdullah Said Salleh dengan majoriti 7551 undi.


Pada PRU  ke 11 tahun 2004 mendiang sekali lagi berhadapan dengan calon PAS yang sama dengan mendapat 10,412 undi dan calon PAS dapat 2125 undi.


2) Datuk Norjan Khan Bahadar (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ketua Menteri Sabah)


Datuk Norjan Khan Bahadar


Datuk Norjan merupakan seorang ahli politik yg memegang jawatan sebagai ketua wanita Umno Bahagian Papar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ketua Menteri Sabah serta pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah.


Sewaktu hayat beliau banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah khususnya  pembabitan wanita dalam politik serta membantu golongan miskin. Kes pembvnuhannya telah mendapat perhatian seluruh negara khususnya negeri kelahirannya Sabah.


Datuk Norjan dijumpai ma.ti dibvnuh pada 11 Februari 2004, di bilik bernombor 208 Hotel Shangri La oleh seorang pembantu hotel pada jam 9 pagi. Kepala beliau telah dipu.kul dan di leher terdapat kesan tik4man.


Sebelum berlakunya pembvnuhan terdapat desas-desus rombakan pertubuhan wanita Umno Sabah yang dilakukan bekas Ketua Wanita Umno iaitu Siti Zaharah Sulaiman untuk menghalang Datuk Norjan memegang jawatan Ketua wanita Umno Sabah.


Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Ilyas Ibrahim mulakan siasatan awal pada 13 Februari 2004, menurut beliau motif pembvnuhan kemungkinan besar adalah disebabkan oleh cemburu dan dendam. Namun begitu, dalam tempoh tak sampai 24 jam,  polis Sabah telah menukar kenyataan bahawa motif pembvnuhan adalah rompak dan bvnuh.


Motif pembvnuhan tersebut ditukar walaupun hampir semua akhbar telah menyiarkan bahawa barangan Datuk Norjan tidak ada yang hilang dan bilik hotel tempat mayat dijumpai dalam keadaan kemas. Suspek bagi kes ini ialah Azman Bakar @ Samsudin Mustamin seorang pembantu hotel berasal indonesia. Namun suspek telah dilepaskan pada 12 Ogos 2004 kerana ketiadaan bukti yang kukuh.


Pada ketika itu saksi mendakwa Norjan menjalinkan hubungn sulit dengan ahli perniagaan Pakistan Amir Khan Amjad Khan. Pada malam kejadian , kenyataan saksi itu mengundang kemarahan pihak keluarga arwah. Anak sulung arwah mengemukakan permohonan 7 hari kepada Timbalan Pendakwaraya Noor Bahri Baharuddin dan Mohd Azhar Hamin untuk minta maaf dan mengemukakan bukti kukuh sekiranya terdapat sebarang hubungan di antara Datuk Norjan dan peniaga Pakistan yang didakwanya itu.


Walau Bagaimanapun permohonan Mohd Fazil Mohd Ali anak arwah ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk lan H.C Chin.


Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pengalat bersebelahan pusara ibu dan bapanya. Sehingga kini tiada suspek baru ditahan atau dikenakan hukuman. Setakat ini keluarga arwah belum lagi berjaya menuntut bela atas kema.tian beliau, kes kematian ahli politik ini kekal menjadi misteri.




3) Dr Joseph Fernandez  (Adun Lunas) 


Dr Joseph Fernandez


Beliau merupakan seorang ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Lunas yang telah ditem.bak ma.ti pada 4 November 2000, beliau menyertai MIC pada 1975 dan terpilih menjadi ketua pemuda MIC Kedah 1979-1990. Beliau memenangi pilihan raya tahun 1995 dan 1999 di kawasan Lunas Kedah.


Pada 4 November 2000, jam 1.30 petang Dr Joe dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam iaitu 500 meter dari klinik beliau.


Secara tiba-tiba mangsa didatangi dua lelaki bermotosikal dan telah melepaskan tembakan ke arah kenderaan jenis Nissan Terrano dipandu Joe fernandez dan suspek melarikan diri ke arah Sungai Rambai Lunas.


Hasil siasatan suspek seorang pembvnuh upahan professional.


Dr Doshinda Singh memberi rawatan kecemasan dan kemudian membawa mangsa ke Hospital Pakar Bukit Mertajam, walau bagaiamanpun Pakar Patologi Datuk Dr Bupinder Singh mengesahkan mendiang telah meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala.


Pada 25 April 2008, Mahkamah Koroner Bukit Mertajam Koroner M Mageswari mengarahkan polis membuat siasatan lanjut kerana tiada keputusan yang jelas. Ini kerana mahkamah tidak mengesyaki dan menolak kemungkinan Dr Joe telah dibvnuh akibat masalah perniagaan politik atau perhubungan peribadi si ma.ti dengan mana-mana pihak.


Akhirnya pada 26 April 2008 Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyatakan kes pembvnuhan Dr Joe Fernandez ditutup melainkan jika ada saksi dan petunjuk baru. Dan kes ini sehingga kini terus kekal misteri.

Post a Comment

0 Comments