(Video) - Dua Beradik Koma Dirempuh Lori 3 Tan

 


Dua beradik perempuan koma selepas dirempuh lori 3 tan akibat melanggar lampu isyarat. Kejadian berlaku di simpang ampat Lebuh Alor Gajah, Melaka Tengah. 


Mangsa berusia 28 dan 19 tahun cedera parah di beberapa bahagian anggota badan dan dilaporkan koma sehingga kini. Semasa kejadian, mangsa menunggang motorsikal tidak menghiraukan lampu isyarat berwarna merah dan memandu ke  arah selekoh sebelah kanan sebelum dilanggar oleh lori yang meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat berwarna hijau. 



Kejadian itu telah dirakam oleh kamera dashcam seorang pemandu kereta di situ. Pemandu lori dan kelindan tidak mengalami apa-apa kecederaan dan meminta melaporkan diri di balai polis berhampiran.








Post a Comment

0 Comments