Wajah Terkini Ning Baizura Curi Perhatian

 


Ning Baizura Sheikh Hamzah 47, atau lebih dikenali dengan mononim Ning ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan di Kajang, Selangor pada  28 Jun 1975.  Kedua ibu bapanya bernama Allahyarham Sheikh Hamzah Sheikh Muhammad dan Satilah Abdullah, yang berketurunan Arab, Melayu, Belanda, India, Cina dan  Jawa. Beliau mempunyai adik-beradik seramai 8 orang dan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Kajang.


Ning memulakan kerjaya muzik pada usia 17 tahun setelah memenangi tempat ketiga di pertandingan Voices of Asia yang berlangsung di Kazakhstan. Beliau menandatangani kontrak bersama pelbagai label rakaman termasuk Sony Music dan telah menerbitkan sebanyak 12 album studio.




Ning juga turut berlakon dalam filem dan drama. Kerjaya lakonan Ning bermula pada 1996 apabila beliau membintangi sitkom Lontong. Kemudian bakat lakonannya menyerlah apabila membintangi filem Gemilang, Maria Mariana ll, Mimpi Moon, Malaikat Di Jendela, Lady Boss, Diva, Muallaf, Mahathir: The Journey dan pada tahun lepas beliau memegang  watak sebagai Dato Qistina dalam drama Madam e-wallet. Ning masih meneruskan kerjaya seninya sehingga kini meskipun tak aktif seperti dulu. 


Beliau kini bahagia bersama suaminya Omar Shariff Christopher Layton Dalton yang berbangsa Inggeris. Mereka mula bertemu di majlis perkahwinan rakan baik Ning di Bali, Indonesia. Hubungan mereka semakin akrab selepas mengikat tali pertunangan bersama. Mereka telah mengikat tali pertunangan pada 17 Julai 2007. Pernikahan dua pasangan ini telah berlangsung pada 31 Januari 2008 di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq di Bangsar, Kuala Lumpur. Majlis resepsi mereka diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE dan telah dihadiri seramai 2,000 tetamu termasuk rakan-rakan artis. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Ryan Sky Dalton yang dilahirkan pada 2013. Kini usia perkahwinan mereka sudah mencecah 14 tahun. 






Walaupun usia Ning hampir mendekati setengah abad namun beliau  kelihatan semakin cantik, ceria dan aktif. 






Bermanja dengan anak


 


Semoga Ning berbahagia disamping keluarga tersayang

Post a Comment

0 Comments