Warganet Berdebat Tentang Sebuah Video Pocong Atau Plastik?

 


Kisah seram atau mistik sememangnya sangat sinonim dengan budaya masyarakat Asia. Pelbagai rakaman, gambar dan penulisan yang dikongsi di media sosial berkaitan munculnya makhluk halus dalam kalangan jin yang biasa digelar hantu. 


Sebuah video telah dikongsi oleh seorang wanita di dalam  group KCHM yang sedang merakam sesuatu yang melayang seperti  kain putih.  Warga net beranggapan ia hanyalah plastik putih yang ditiup angin. Mereka juga berkata, jangan terlalu obses dengan kewujudan makhluk halus sehingga mendatangkan ketakutan yang berlebihan. 




Namun, ada juga yang berpendapat makhluk tersebut berkemungkinan, hantu bungkus, langsuir atau pocong. Malahan ada yang mengatakan pocong bukan melompat-lompat seperti di dalam drama, tetapi datang melayang di udara. Ramai yang bersetuju dengan pendapat ini kerana masing-masing pernah melihat kelibat  makhluk paranormal tersebut. 







Jadi korang rasa benda apa tu? Betul ke hantu atau hanya plastik? 


VIDEO:




Post a Comment

0 Comments