Anak Tertusuk Berus Gigi Di Isi Pipi, Ramai Netizen Luah Kerisauan

 


Anak adalah amanah dari Allah swt, mereka sebagai penyeri hidup kita sudah semestinya dia sakit ke, lapar ke kita akan cepat risau. 


Terbaru tular satu video yang dikongsi ibu kepada anak ini iaitu Fina Arif, berkongsi satu pengalaman mengerikan kepada umum. Pada masa tu anaknya yang sedang bermain telah terjatuh, membuat Fina mendengar satu benda ingatkan tangan anaknya patah ke apa rupanya isi pipi kiri anaknya tertusuk berus gigi.


Berderau jantung tanpa melengahkan masa terus capai kunci kereta menuju ke klinik tapi doktor pun suruh ke hospital terus.


Fina yang sekarang seorang pengamal kesihatan sentiasa bersenam di gym sudah semesti mahu anaknya semua sihat. Kejadian seperti ini diharap tidak akan berulang lagi supaya tidak mengakibatkan kecacatan serius.



Post a Comment

0 Comments