Bila Kemalangan Berlaku Buat 8 Perkara Ini - Tips

 


Malang tak berbau. Itu ungkapan terbaik untuk kes kemalangan yang teruk. Hampir setiap hari korang mesti akan terbaca kes kemalangan melibatkan kereta, motor, bas atau lori. Paling ngeri, kalau kemalangan tu melibatkan kematian tragis.

Apa korang nak buat bila satu kemalangan berlaku betul-betul depan korang masa memandu kereta atau menunggang motosikal? Kat bawah ni kami kongsikan 8 perkara yang perlu korang buat bila terjadi suatu kemalangan oleh brader Syed Faiz Syed Mahmad. (Dalam kes ni, dia nampak kereta Myvi kemalangan di Lebuhraya LPT.)


1. DAIL SEGERA 999



Segera capai telefon kita dan mendail 999. Tidak sampai dua detik, telefon bersambung terus ke operator. Suara operator, sedia dan setia membantu kita, insya-Allah. Perkara yang di minta nama kita, no. telefon, kecemasan apa, dan lokasi kejadian.

Di mana lokasi tepat kejadian?? segera lihat pada papan kecil bernombor di tepi lebuhraya dan jalan itu menghala ke mana contoh: kejadian berlaku di KM 120 menghala ke KL. Nombor dan jalan menghala ke mana ialah kunci tepat bagi mengenal pasti di mana lokasi kita berada.

Operator akan segera menyambung talian ke balai bomba berhampiran; dalam kes ini Balai Bomba Temerloh. Pastikan pelapor senantiasa dengan telefon kerana, pihak berkuasa akan senantiasa berhubung dengan kita. Selepas bomba, pihak hospital akan berhubung dengan kita untuk manual Do and Don’t dalam membantu pesakit.


2. DAPATKAN BANTUAN PENGGUNA JALAN RAYA



Amat sulit untuk membantu sebuah kemalangan apabila kita hanya berseorangan. Lambaikan tangan dan tahan kereta yang sedia membantu. Insya Allah rakyat kita amat prihatin dan sedia membantu. Siap sedia menipu pun ada;kita doa minta jauh dipertemu jenis ini. Dalam kes ini, penulis di bantu seorang pemandu pajero bersama isteri beliau.


3 . TENANGKAN MANGSA


Bab memberi bantuan kecemasan ini amat sulit jika kita bukan ahli. Sedikit kesilapan membantu dan mengalihkan orang yang terlibat kemalangan boleh menyebabkan kecederaan makin parah.

Dalam kes ini, mangsa tercampak dari kenderaan, darah keluar dari mulut dan hidung mangsa. Kepala mangsa terbaring di tempat rendah dan badan di tempat tinggi di lereng bukit. Kami tiada pilihan, mengalihkan sedikit mangsa agar darah tidak turun terlalu cepat jika bahagian kepala berada di tempat rendah. Alhamdulilah, beliau sedar dan mengadu sakit dada yang amat sangat. Kami bertanya soalan ringan, memberi kata semangat dan perangsang untuk memastikam beliau terus berkeadaan sedar.


4. CARI TELEFON MANGSA DAN HUBUNGI WARIS





Langkah seterusnya ialah maklum pada waris akan kemalangan yang menimpa. Kenapa perlu hubungi waris? Soalan ini kita boleh jawab sendiri.

Kami mencari telefon di merata rata tempat. Dalam kes ini, alhamdulillah telefon berjaya ditemui iaitu sebuah Nokia lama dan sebuah Iphone. Saya mengambil tanggungjawab menghubungi waris.

Klik recent call, tertera Abang; call tidak berjawab.
Nombor kedua Abah, call tidak berjawab.
Nombor ketiga Mama. Dalam kes ini, terbayang hiba & tangis seorang ibu apabila menerima berita buruk anakandanya. Tiada pilihan, call dan kali ini segera berjawab.

Assalamualaikum, saya nak maklum kejadiaan sekian sekian berlaku di lokasi sekian-sekian melibatkan sekian sekian. Suara kuat tangisan ibunya kedengaran memecah sunyi pagi, seketika.. ibunya bertanya bagaimama keadaan anaknya?.

Aahh..sukar sekali soalan ini.
Soalan ini penulis nasihatkan tidak perlu dijawab. Jawab sahaja kami sedang tunggu bantuan pihak berkuasa dan doakan yang terbaik untuknya. Jika kita melapor keadaan sebenar, boleh menambah kerisauan & musibah lain kepada waris.

Serahkan pada pihak hospital untul melapor keadaan sebenar mangsa nanti. Kita hanya jalankan tugas untuk maklum perkara asas sahaja agar waris dapat bertindak membantu mangsa.


5. KAWAL LALU LINTAS




Sementara menunggu bantuan kecemasan sampai, letakkan kon dan pasang isyarat kecemasan(ada di bonet kereta masing-masing). Hal ini amat penting bagi mengelakkan kemalangan kedua berlaku dan membantu kenderaan lain memperlahan kenderaan.

Bayangkan awal pagi jam 8am, di jalan lurus, berkabus, dan serpihan kenderaan berselerak atas jalan raya. Kita bantu apa yang boleh.


6. KUMPUL BARANG PERIBADI




Kumpul barang peribadi mangsa (Dompet, h. phone dan beg kecil) dan letakkan berhampiran mangsa. Perkara ini penting bagi mengelak kejadian curi. Di waktu kecemasan ramai juga yang suka mengambil kesempatan, usah disangka air yang tenang tiada buaya.

Pastikan kita buat buat berdua dengan pengguna jalan raya yang lain, sebagai saksi jika terjadi apa-apa. Serahkan barang ini sebaik saja pihak berkuasa sampai. Mereka akan segera ambil gambar barang yang dijumpai untuk rekod.


7. BERI KERJASAMA PENUH KEPADA PIHAK BERKUASA




Dalam kes ini bantuan jauh untuk tiba. Lanchang kawasan yang sedikit jauh akses dengan pihak berkuasa. Bomba tiba kira-kira 20 minit lebih, di ikuti Polis, peronda LPT, dan paling lewat tiba Ambulan. Abang Bomba segera menghulur bantuan kecemasan.

Selaku saksi pertama, ketibaan pihak berkuasa bermakna tugas membantu sebagai orang awam telah tamat. Pihak Polis segera mengambil alih dan mengarahkan mana-mana pengguna jalan raya yang tidak berkenaan meninggalkan lokasi kemalangan.

Beri kerjasama sepenuhnya.


8. DOA UNTUK KESELAMATAN




Perkara yang terakhir boleh di buat ialah kita doa yang terbaik untuk mangsa yang terlibat.

Screenshot (4)

Jika tidak hafal, doa saja apa-apa dalam bahasa Melayu. Allah Maha Mendengar doa hambanya. Kita berdoa untuk kesembuhan beliau dan menjauhkan segala musibah dari memimpa kita pula. Dalam kes ini, insya-Allah beliau dikurnia kesembuhan.

Walau berat hati, kami berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian, kelihatan mangsa di ajar zikir oleh Abang Bomba. Selebihnya kami serahkan pada pihak berkuasa, waris dan setulus doa ke hadrat Allah yang maha berkuasa penentu hidup dan mati.

Post a Comment

0 Comments