Biodata Aisya Retno Peserta Big Stage 2022

 


Siapa Aisha Retno? Sharifah Aisha Retno yang lebih dikenali umum sebagai Aisha Retno merupakan seorang penyanyi wanita remaja Malaysia.


Beliau meledak menerusi single pengenalan yang berjudul Mengikat Jiwa.


Biodata Dan Latar Belakang

> Nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno.

 nama pentas, Aisha Retno. 

 Lahir pada 1 Ogos 2000.

>  Berumur 22 tahun (2022).

>  Berdarah kacukan Indonesia dan Malaysia.

>  Mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya.

>  Berkecimpung dalam bidang hiburan sebagai seorang penyanyi yang bernaung di bawah label syarikat rakaman Sony Music Malaysia.

>  Mempertaruhkan genre muzik R&B dan soul.

> Merakamkan lagu Mengikat Jiwa (single pertama) dan Terima Kasih (menampilkan Yuka Kharisma).

> Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @aisharetno02 mempunyai lebih 51,000 pengikut.


Fakta Menarik

>  Ibunya, Jean Retno Aryani yang berasal dari Indonesia merupakan bekas penyanyi era 1980-an seangkatan dengan penyanyi lagenda, Hetty Koes Endang.

>  Mengidolakan penyanyi antarabangsa, Ariana Grande, Mariah Carey dan Whitney Houston, selain ibunya sendiri.

> Mendapat tunjuk ajar nyanyian daripada ibunya yang juga berkemampuan mengajar seni vokal.

> Mula menyanyi sejak umur lima tahun.

> Gemar menyertai pertandingan nyanyian sewaktu di bangku sekolah.

> Asalnya lebih menjurus ke arah genre nasyid ketika sekolah rendah, sebelum memegang takhta juara pertandingan puisi dan lagu sewaktu menuntut di tingkatan tiga.

> Antara lain, beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan Suara Emas sehingga peringkat kebangsaan sebagai wakil Kuala Lumpur sewaktu tingkatan empat dan meraih tangga kedua.

> Antara acara nyanyian yang pernah dijayakannya termasuk Festival Perancis di The Square, Publika, showcase kumpulan terkenal CNCO (sebagai artis pembukaan), acara muzikal RIUH dan banyak lagi.

> Lagu Mengikat Jiwa nyanyiannya yang menjalani sesi rakaman di Indonesia, merupakan ciptaan Aldi Nada Permana yang bertanggungjawab menghasilkan lagu-lagu daripada deretan penyanyi popular seperti Afgan, Jaz Hayat, Andmesh dan ramai lagi.

> Pada 2020, beliau menjuarai kategori Rookie di program realiti nyanyian, Vokal Mania musim pertama terbitan TV3.













Post a Comment

0 Comments