Burung Guianan Cock-of-The-Rock, Burung Aneh Di Dunia

 


Nama burung ini agak panjang dan unik iaitu Guianan cock-of-the-rock. Bukan sahaja namanya unik tetapi fizikal burung ini juga turut sama unik.


Nama saintifik bagi burung Guianan cock-of-the-rock adalah Rupicola rupicola. Spesies burung ini berasal dari benua Amerika Selatan.


Saiz maksimum burung ini pula mampu mencapai antara 200 hingga 220 gram berat manakala panjang tubuhnya adalah 30 centimeter.


Untuk kenal jantina burung spesies ini, anda boleh tengok pada warnanya. Burung jantan berwarna oren terang manakala betina pula berwarna koko serta kelabu gelap.






Apa yang unik pada burung ini juga adalah terdapat seperti bonggolan di atas kepala burung ini.


Makanan burung spesies ini pula adalah buah-buahan namun kadang-kadang burung ini turut makan haiwan seperti anak ular kecil serta cicak hutan.


Spesies burung ini masih dikategorikan sebagai "least concerned" kerana populasinya masih banyak di Amerika Selatan 


Cantik betul warna burung ini kan?


Kredit: Iskandar Zulfaqar

Post a Comment

0 Comments