Guru Didakwa Selepas Mengajar Murid 'Golongan LGBT Adalah DNA Syaitan'

 


LONDON: Seorang guru dipecat selepas menyebarkan fahaman homofobia dan antisemitik kepada masyarakat.


Lapor Metro, Robert Headly menyifatkan komuniti Yahudi dan Kristian Katolik merupakan ‘pihak yang jahat’ dan golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) mempunyai ‘asid deoksiribonukleik (DNA) syaitan’.


Dia yang berasal dari London Timur itu merupakan penganut agama Kristian dengan kepercayaan ortodoks, termasuk mempercayai ‘golongan yang terpilih’ adalah dari Afrika.


Headly didakwa menyebarkan fahamannya saluran YouTube yang mempunyai pengikut seramai 300,000 orang.


Menurut mahkamah pekerja, Headly juga menyebarkan fahaman mengenai bumi adalah rata ketika mengajar di dalam kelas di Sekolah Rokeby.


Guru berkenaan turut berbincang dengan pelajarnya bahawa pendaratan angkasawan di bulan adalah palsu, kemudian menyatakan pandangannya itu bertujuan mengajar anak muridnya mengenai perspektif.


Ajaran pelik Headly mula disedari selepas pengetua sekolah berkenaan, Charlotte Robinson terdengar para pelajar bercakap mengenai teori bumi rata.


Headly kemudiannya disiasat pihak berkuasa selepas menyatakan golongan LGBT adalah syaitan bertopengkan manusia.


Disebabkan itu, Headly cuba menyaman sekolah dan mendakwa dia menjadi mangsa diskriminasi.


Namun, mahkamah mendapati guru itu salah faham sepenuhnya mengenai polisi sekolah, selain pihak pengurusan mempunyai hak untuk memecat mana-mana guru yang boleh menjejaskan pelajar, sama ada secara verbal atau sebaliknya.

Post a Comment

0 Comments