Ibu Hamil Maut Langgar Lopak Air Di LPT2

 


SEORANG ibu bersama anak dalam kandungan maut selepas kereta Honda Jazz dipandu suaminya terbabas akibat terlanggar lopak air di KM392.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil dekat Bukit Besi, Hulu Terengganu, Sabtu lalu.

Dalam insiden jam 11.30 pagi itu, Jazz dipandu Nasir Mamat, 32, terbabas hingga merempuh besi pengadang jalan di lebuh raya tersebut. Impak kemalangan itu menyebabkan Norbibi Arisya Ab Latif, 26, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya patah bahu kiri.


Turut bersama dalam kenderaan itu ialah dua anak saudara berusia empat dan lapan tahun yang hanya mengalami cedera ringan.



Berdasarkan video tular di media sosial, semua mangsa dibantu dan dibawa keluar orang awam yang menyaksikan kemalangan tersebut. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, manakala tiga mangsa lain turut menerima rawatan di hospital sama.


Mangsa dilaporkan sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Batu Rakit, Kuala Nerus untuk menziarahi saudara di Cheneh, Kemaman. Al-fatihah dan takziah buat keluarga mangsa.







Kredit: Utusan Online

Post a Comment

0 Comments