Ibu K3lar L3her Tiga Anak, Hadapi Kemurungan Membesarkan Anak Sendirian

 


Hari ni dunia digemparkan dengan berita tragis  dari seberang di mana seorang ibu cuba membu.nuh dengan men3tak ketiga-tiga orang anaknya. Dari tiga anak, anak keduanya telahpun menjadi korban di tangan ibunya sendiri. Leher anak keduanya hampir putus sebelum dia berteriak sekuat-kuatnya di dalam bilik. Ibu anak tiga itu iaitu Kanti (35) mendengar suara bisikan untuk membu.nuh anak-anaknya. Perbuatan itu dilakukan oleh ibu ini selepas dia menunaikan solat Subuh. 


Namun, ia telah disedari oleh ibu saudaranya lalu memecahkan pintu bilik. Ibu saudara Kanti memanggil jiran untuk menenangkan Kanti dan membuat laporan polis. Kanti menganggap dirinya tidak gila, cuma Kanti berasa tertekan dengan kehidupan yang susah dan suami yang bekerja jauh darinya. 





Kisah tragis ini tular sehingga ke Malaysia. Ramai yang memberi respond dan berkongsi kisah yang sama seperti yang dihadapi oleh Kanti. 


Saudari Aifa Azlan turut berkongsi pengalamannya menghadapi tekanan / depression. Beliau juga pernah bertindak untuk membu.nuh diri dan anak-anaknya. 


Jujur saya cakap, sebagai seorang ibu amat terluka dan sedih dengan tindakan ibu ini. Tapi bila dengar perbualan dia dengan anggota polis, saya dapat rasa yang ibu ni mengalami depression yang sangat teruk hingga dapat mendengar suara yang meminta dia menamatkan hidup anak-anaknya. 


Saya sendiri pernah berada duduk di tempat ibu ini pada awal tahun 2020. Saya di diagnose major depression oleh doktor pakar. Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. 


Tapi saya diuji dengan hubungan persahabatan. Orang yang saya percaya menikam saya dari belakang, memfitnah saya, mengutuk saya, menghasut orang lain membenci saya. Bila saya minta penjelasan kenapa mereka memperlakukan saya sebegini mereka mengelak dan cuba melarikan diri dari saya. 


Lama kelamaan saya jadi trauma dengan apa yang berlaku dalam hidup saya. Dan ketika saya depression, saya akan lebih sakit bila mengenangkan orang2 yang sudah mengkhianati saya hingga menyebabkan saya depression. 


Demi Allah depression ni tersangat sakit sampai saya pernah terdetik untuk mengakhiri hidup saya. Ketika itu terdetik juga dalam hati untuk bawak anak-anak sekali supaya anak saya tak rasa sakit yang rasa. Saya taknak anak saya menderita seperti saya. 


Ingat lagi saya pernah kunci Aira dalam bilik bersama saya dan saya bagitahu Aira yang saya nak hantar di ke syurga. Masa tu Aira seakan faham dengan apa yang saya cakap dia merayu menangis supaya saya melepaskan dia. Allahuakbar, masih ada iman dalam diri. Saya banyak kali istigfar. Tapi kadang seperti ada suara yang suruh saya melakukan perkara itu. 


Depression is real. Sakit yang teramat sangat. Dulu aku memang memendam rasa kecewa dan marah kepada mereka yang mengkhianati aku. 


Tapi sekarang bila jumpa dengan pakar kaunseling dan dapatkan rawatan serta makan ubat, aku dah makin sihat. Kali ni mula betul-betul memaafkan mereka yang buat aku sakit. Betul lah bila kita mula redha dan memaafkan hidup kita akan lebih bermakna.


Belajarlah untuk menyayangi dan menghargai diri sendiri. Lepaskan masa silam. Jadikan ia pengajaran supaya kita lebih berhati-hati dalam hidup. 


Satu lagi bila rasa diri sakit dan ada rasa nak mati segeralah ke hospital berjumpa doktor. Jangan pendam seorang diri takut nanti makan diri.


Kredit: Aifa Azlan

Post a Comment

0 Comments