Iqram Menangis Stress, Caprice Kata Scene Cekik "Fake"

 


Akibat insiden 'cekik' antara Iqram Dinzly dan Mona Allen telah mencetuskan kontroversi yang menuduh Iqram adalah lelaki psiko. Satu hantaran Iqram di media sosial menunjukkan beliau berasa tertekan dengan ujian yang melanda. Iqran menangis dan merasakan bebanan yang diberikan kepadanya terlalu sukar ditanggung. 



Lebih mengejutkan lagi tulisannya seperti hendak memb.unuh diri, 'rasa nak tergantung dengan tali. Allahuakbar' ujarnya. 


Iqram juga membidas pendapat Caprice yang disifatkannya tidak tahu menilai sesebuah lakonan lantaran Caprice mengatakan scene tersebut adalah fake disebabkan hanya untuk meningkatkan rating drama. 



Walaubagaimanapun, diharapkan Iqram Dinzly dapat bertenang dan menghadapi ujian ini dengan sabar. Sebelum ini, tular dimedia sosial Mona Allen mengamuk kerana Iqram telah mencekiknya dengan kuat ketika berlakon. Malahan memanggilnya lelaki psiko.




Post a Comment

0 Comments