Jenazah Adik Yuhanis Berbau Wangi Seharum Kasturi, Sebelum Meninggal Tanya Apa Ciri-Ciri Anak Soleh!

 


Kuching: Yuhanis Abdullah seorang hamba Allah tidak dikenali penduduk bumi tapi dikenali penduduk langit.


Apakah kebaikan beliau?? 


Menurut kawan-kawan dan sahabat arwah, arwah Yuhanis sememangnya menjadi harapan keluarga selepas ayahnya meninggal dunia, dia merupakan anak sulong dan mempunyai seorang adik perempuan sedang menyara ibunya yang terlantar kerana masalah kesihatan.


Kemalangan telah berlaku berdekatan MC Donald Samariang, kata rakannya dia agak terkejut bila melihat motor yang kemalangan tu adalah motosikal arwah Yuhanis.


Yuhanis ni seorang budak baik, sangat jaga percakapan dan pertuturannya, suka senyum dengan orang, susahla dia nak menyakiti hati orang kata rakan-rakannya.


Arwah sekarang sedang menjaga seorang adik perempuan dan maknya yang sedang sakit, seorang ustaz bernama Abu Safiyyah cerita arwah pernah tanya pada tahun 2017, ketika itu masa majlis perkongsian di kompleks anak-anak yatim dia bertanya apakah ciri-ciri anak soleh ustaz, jawabnya seorang yang bertakwa dan berbakti pada ibu bapa. Tapi ketika itu arwah sedih kerana dia berkata ayahnya telah meninggal dunia tidak sempat berbakti kepadanya sekarang menjaga mak dan adik perempuan.






Gambar menunjukkan ramai rider foodpanda dan Grab mengiringi jenazah adik Yuhanis













Kredit: Sarawak Update Live

Post a Comment

0 Comments