Kak Long 7E Masuk TV, Instant Famous Dengan Makian?

 




Ramai individu kurang senang melihat Kak Long yang baru-baru ini mengamuk di kedai serbaneka 7Eleven dan KFC telah dijemput ke salah sebuah stesen TV sebagai tetamu jemputan. Menurut Zuraini Kamal, ia secara tidak langsung memberi galakan kepada orang ramai yang ingin dikenali dengan menunjukkan aksi dan tingkah laku kurang sopan dimedia sosial. Peranan media sangat besar dan begitu penting pada zaman ini, jika ia dianggap satu normalisasi dengan menjemput individu sebegini untuk mengisi ruang segmen di kaca televisyen, ia bukan lah sesuatu yang baik, malahan menggalakkan orang ramai membuat aksi 'bodoh' dan memalukan diri semata-mata ingin kelihatan  femes di dalam masyarakat. 


Jika ini yang dimahukan oleh stesen TV, mungkin tidak hairan selepas ini ramai lagi 'kak long' yang akan keluar semata-mata untuk dikenali ramai.  


Selain Zack Rahim seorang pakar motivasi turut berkata 


Ini lah Malaysiaku. Orang jujur, ikhlas, rajin, berjasa tidak aoan diangkat dan dapat tempat di media dan tv ataupun dipilih jadi pemimpi . Tapi manusia biadap, kurang ajar, mulut celupar, banyak kontroversi akan diangkat oleh media sebagai ikon asalkan beritanya ada followers.  Nak jadi artis, kena ada ramai followers walau perangai bagai sampah. Nak menang pilihanraya, jadi pemimpin, jadi menteri kena kuat rasuah, kuat berlakon, pandai game orang. Jadi baik dan jujur tak ada tempat di hati rakyat malah dalam istana.


Guru, jaga sekolah, tukang kebun sekolah, penoreh getah tidak pernah diberikan penghormatan muncul di tv untuk kongsi kesah hidup mereka. Kerana mereka tiada followers, tak ada suit atau batik berjalur nak ke stesen tivi.  Tapi yang dapat tempat di tv hanya CEO2, Pengarah syarikat, politikus, scammer dan penyangak. Tahniah Al Hijrah dan stesen TV Malaysia. Anda pemusnah masa depan negara dan pencetus kebencian ummah.


Sebelum ini, Kak Long dijemput bersama dengan penceramah terkenal Ustazah Isfadiah dan PU Amin.




Post a Comment

0 Comments