Lipas Dalam Paru-Paru Pesakit Ketika Di X-Ray

 


Pernah tular apabila seorang lelaki di negara Zimbabwe telah pergi ke sebuah hospital iaitu General Hospital Rusape pada tarikh 10 April 2017 kerana dia demam dan berasa sakit di bahagian dada.


Doktor di hospital tersebut melakukan x-ray bahagian dada lelaki tersebut dan terkejut apabila mendapati ada seekor lipas bersaiz gergasi pada bahagian dalam paru-paru pesakit itu 


Pesakit tersebut berasa hairan bagaimana lipas bersaiz gergasi itu boleh ada dalam paru-parunya.


Pihak hospital di Zimbabwe pun telah mengutus surat supaya pesakit tersebut dibawa ke India untuk rawatan lanjut.


Di India, sekali lagi x-ray dijalankan pada bahagian dada lelaki tersebut. Anehnya, kali ini tiada pula lipas tersebut.


Akhirnya, setelah disiasat barulah pihak hospital di India dapati sebenarnya tiada pun lipas gergasi dalam paru-paru pesakit itu 


Sebaliknya, terdapat lipas pada mesin x ray di hospital di Zimbabwe itu.


Kredit: Iskandar Zulfaqar

Post a Comment

0 Comments