Muat Naik Video Tiktok Jumpa Bukti Barang Tangmo Di Laut, Netizen Persoal Bukti Tak Sahih

 


Belum sampai sebulan lagi dan tak bakar jasadnya lagi, berbagai-bagai detektif kini muncul menunjukkan segala siasatan masing-masing terutama netizen Malaysia. Ada yang sampai digelar terlampau taksub dan mencari view semata-mata membuat caption bukti Tangmo dibunuh dijumpai.


Satu video yang dimuat naik di Tiktok oleh akaun seseorang menunjukkan penemuan sebilah pisau, sebentuk cincin di atas dasar laut.


“ Jumpa barang Tangmo

@w.amanina

Semoga dipermudahkan segala urusan❣️

♬ bunyi asal - 𝒫𝒶𝓀𝒶𝓇 ℬ𝒶𝓀𝒶𝓇 ℒ𝑒𝓂𝒶𝓀



Netizen turut komen menyatakan ini video lama orang putih mencari barang lama di laut tidak ada mengena dengan kes Tangmo.






Dalam pada itu polis Thailand mengesahkan setakat ini hasil laporan forensik tidak ada kesan Tangmo dibunuh dan dipukul.


Ketua Institut Perubatan Forensik (IFM) Hospital Besar Polis, Supichai Limsiwawong berkata, mayat Tangmo mengalami beberapa kesan luka, terutamanya luka dalam di bahagian peha kanan seperti yang dimaklumkan doktor forensik.


Walau bagaimanpun, pihaknya masih belum menerima laporan berkenaan apa-apa kecederaan di bahagian kepala dari hasil bedah siasat Tangmo.


Menurut Limsiwawong, sampel tisu dari tubuh Tangmo telah dihantar ke dua hospital berbeza untuk diperiksa dan masih menunggu keputusan.


Selebriti ini juga dikatakan pernah menggunakan dadah terlarang dan tmenerima bayaran bagi ‘melayan’ VVIP. Walau bagaimanapun, dakwaan itu disangkal rakan baik, Warinthorn yang telah memberikan kenyataannya kepada penyiasat awal minggu ini.


Dalam satu temubual, Warinthorn berkata, Tangmo tidak pernah menerima sebarang bayaran untuk ‘melayan’ VIP dan tidak menggunakan dadah terlarang.


Tangmo meninggal dunia pada usia 37 tahun selepas terjatuh dari bot laju kira-kira jam 10.40 malam pada 24 Februari lalu ketika bersama lima lagi individu lain di Sungai Chao Phraya.


Dua individu termasuk pemilik dan pengendali bot bagaimanapun telah disabitkan bersalah atas kecuaian yang melibatkan kematian pelakon wanita itu.


Sebelum itu, ibu Tangmo didakwa mahu proses bedah siasat ke atas mendiang dilakukan semula kerana mendakwa terdapat beberapa keraguan mengenai pembedahan bedah siasat kali pertama yang dilakukan ke atas anaknya.

Post a Comment

0 Comments