Pemandu Grab Kurang Ajar Ajak Penumpang Wanita 'Main Tidur' Offer Bayar RM200

 



Baru-baru ini seorang pelanggan grab bernama Delilah di akaun twitternya meluah rasa fobia dan amat takut selepas terkena gangguan seksual di dalam kereta.


Dia menceritakan dia mahu ke tempat kerja dengan menaiki grab apabila kenderaannya bermasalah. Pada mulanya dia menaiki grab seperti biasa, rasa selesa. 


Pada pertengahan jalan, Cik Delilah ini ditanya pemandu Grab adakah punyai bf? Dan dijawab dia tiada.


Cuma tidak sangka, bila tiba sahaja di tempat kerja, dia ingin menghulurkan duit, uncle tu cakap, boleh saya tanya satu soalan? 


Dia tanya pernah main ke? Jawab Delilah main apa dia tak faham, bertanya lagi pemandu tu "main tidur", I offer u RM200 jum main. Delilah terkedu dan berlalu seperti biasa. 



Dia menceritakan pada rakan-rakannya sehingga membuat laporan polis dan pengurusan Grab. Sehingga sekarang siasatan sedang dijalankan, dan Grab telah menggantung pemandu tersebut daripada memandu.


 

Post a Comment

0 Comments