Tayar Lori Terbang Rempuh Pemandu 4X4

 


Sebiji tayar lori terpelanting dan merempuh kereta Mitshubishi 4X4 yang dipandu seorang lelaki. Tayar tersebut menyebabkan rempuhan yang kuat dari bumbung kereta dan mengakibatkan kecederaan dikepala pemandu. Pemandu berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan segera. Polis masih menyiasat punca kejadian tersebut. 






Semoga mangsa diberikan kesembuhan dan bersabar dengan ujian yang menimpa. Islam mengajarkan satu doa untuk kita sama-sama beramal dengannya agar selamat ketika keluar daripada rumah dan balik. Sebaik sahaja keluar dari rumah, lafazkanlah zikir tanda bertawakal kepada Allah dalam apa jua urusan :


بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ


Bacaan Rumi : Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Maksud : Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.


(Hadis Riwayat Tirmidzi dari Anas bin Malik).

Post a Comment

0 Comments