Terungkai Dah Siapa Duet Lagu 'Kehebatan Cinta' Dengan Azman Naim, Karya Terakhir Arwah Mamat Khalid

 


Sedar tak sedar nak masuk lima bulan dah arwah abang Mamat Khalid telah pergi meninggalkan kita, beliau yang sarat dengan arahan filem bertemakan kemasyarakatan, adat dan budaya sebuah bangsa memang layak dipuji.


Namun untuk filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali ini arwah tidak sempat untuk mengarahnya kerana telah dijemput ilahi dulu pada 24 Oktober 2021 sedangkan arwah ingin mula mengarah filem tersebut hujung bulan itu juga.


Sebelum menjalankan penggambaran filem tersebut, arwah sempat memanggil seorang penyanyi yang popular dengan lagu 'My Sejahtera Way' iaitu Azman Naim untuk menjayakan sesuatu watak. 


Permintaan itu sama sekali diterima oleh Azman dengan hati terbuka, sehinggalah ada satu scene tu arwah mahu lagu kehebatan cinta dimainkan, ketika itulah arwah mesej Azman suruh standby bawa lagu kehebatan cinta nanti.


Azman sempat bertanya pada abang Mamat Khalid siapa yang bakal duet dengan dia masa tu, belum sempat buat surprise pada Azman arwah telah meninggalkan kita terlebih dahulu.


“ Kehebatan Cinta daripada Azman Naim & Datin Paduka Eina Azman


Filem terakhir abang Mamat Khalid ini telah disempurnakan oleh anaknya Amen Khalid, jadi terungkai la sudah siapa nyanyi lagu Kehebatan Cinta itu.


Ramai yang memuji dengan cara cerita filem itu banyak keserasian para pelakon membawakan watak masing-masing. 


Bagi yang belum menonton, filem bergenre komedi seram "Kampung Pisang Berbuah Dua Kali" boleh saksikan di Pawagam Rumah Anda di Astro First bermula 3 Mac 2022.

Post a Comment

0 Comments