7 Tahun Genap Allahyarham Harun Salim Bachik Meninggal Dunia. 7 Kenangan Yang Tak Dapat Dilupakan

 



Selesai menghadiri upacara majlis perkahwinan saudara, arwah Harun bersama keluarganya bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang. 


Semasa singgah di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gunong Semanggol, dengan tiba-tiba Harun Salim Bachik jatuh rebah, pihak hospital mengesahkan Harun diserang serangan jantung, arwah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak. Isteri Surianti Mohd Nur redha atas pemergian suami tercinta di samping anak-anak Siti Azirah Sofia, Ikram Al Rashid, Hakeem Sufi Al Rashid, Daniel Al Rashid dan Syafiq Al Rashid. 


Keadaan Allahyarham Harun selepas jatuh rebah di rnr kawasan Gunung Semanggol arah selatan

Isteri Harun Surianti Mohd Nur tak mampu menahan sebak

Biodata ringkas arwah:

Nama sebenar Haron Aminar Rashid Salim

Lahir pada 19 Mei 1959 di Singapura

Meninggal pada 8 Mac 2015


Naib juara Maharaja Lawak Mega pada tahun 2011 menerusi kumpulan Boboi. Mereka membawa watak dua kanak-kanak tadika yang berkongsi bapa tetapi berlainan ibu kerana bapa mereka berpoligami. Kumpulan ini diramalkan menang tetapi di peringkat akhir kurang menyerlah. Boboi menerima hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah piala.


Akhirnya, kumpulan Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah piala sumbangan Astro. Ketiga ialah kumpulan Saehu dari Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah piala. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusuf dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta piala.


Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.


Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda Batu Caves. Mari sama-sama kita imbas kenangan-kenangan ditinggalkan oleh Allahyarham yang akan sentiasa tersemat di hati kita semua.


Drama ‘Rumah Kedai’ Yang Legend

Drama ini boleh dikatakan sebagai batu loncatan buat Allahyarham. Drama  bersiri sebanyak 30 episod ini disiarkan khas pada setiap hari dalam bulan Ramadan. Allahyarham memegang watak sebagai Remy dalam drama yang berterusan selama 6 musim pada tahun 1993. – Arkib Negara X


Penghibur Versatile, Keluar Album Judul ‘Belilah’


Sebagai seorang penghibur sejati, Allahyarham tak pernah kenal erti putusa asa untuk mengasah bakatnya. Pada tahun 1996, Allahyarham Harun Salim Bachik mengeluarkan satu album berjudul ‘Belilah’. Antara lagu hits dalam album tersebut ialah ‘Banjir’.

Menang Di Anugerah Skrin 2001

Bukan sahaja mampu membuatkan penonton tak henti ketawa dengan jenaka, malah Allahyarham juga memang seorang pelakon yang handal apabila pernah memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Terbaik Di Anugerah Skrin 2001 menerusi drama ‘Hangatnya Salju Dinginnya Bara’.


Lawak Tak kering Gusi Sebagai ‘Boboi’



Rasanya ramai yang masih ingat dengan lawak bersahaja Allahyarham yang bergabung dengan Afdlin Shauki membentuk kumpulan ‘Boboi’ untuk Maharaja Lawak Mega. Kalau tak, masakan mereka mampu menggondol naib juara di pertandingan realiti televisyen itu kan?

Perjuang Nasib Anak Seni Dalam Seniman



Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik mengakui tidak akan mempertahankan jawatannya sekarang pada pemilihan ahli jawatankuasa penggal baru ketika Mesyuarat Agung Seniman, 26 Mei ini.

Bagaimanapun, Harun menegaskan keputusan dibuat itu, bukan kerana perseteruannya dengan Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi atau desakan dari mana-mana pihak.

Katanya, dia nekad berundur kerana merasakan tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya terhadap persatuan tersebut disebabkan kesibukan kerja dan mempunyai masalah kesihatan.- Sinar Harian, 8 Mei 2012


Tiada Di Dunia, Sentiasa Di Hati

Walaupun Allahyarham sudah meninggal dunia. Segala jasa dan pengorbanannya sama ada secara peribadi mahupun untuk kemajuan industri hiburan Malaysia sudah tentu tidak akan dilupakan oleh penggiat seni yang lain. Pemergiannya yang tidak dijangka ini pasti dirasai oleh semua orang.


Post a Comment

0 Comments