Anak Ketiga Panda Masih Belum Ada Nama


Kuala Lumpur: Anak panda ketiga pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan pada 31 Mei tahun lalu masih belum diberi nama, kata Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Amat Lana.


Katanya kuasa pemberian nama anak panda jantan itu adalah tertakluk kepada kerajaan kerana pihaknya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.


"Kami sedang menunggu keputusan kerajaan untuk menamakan anak panda ketiga itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Zoo Negara, Ulu Klang dekat sini, malam ini.


Beliau berkata anak panda ketiga yang mula dipamerkan di Pusat Konservatif Panda Gergasi sejak 1 Oktober tahun lalu bersama ibunya, Liang Liang kini sihat dan masih menyusu.


"Usianya kini hampir setahun dan beratnya sudah mencecah sehingga 80 kilogram... ia sangat rapat dengan ibunya dan kami mempamerkan mereka secara bergilir-gilir dengan anak panda kedua, Yi Yi," katanya.

Post a Comment

0 Comments