Kubu di Naryn-Kala, Russia: Kubu Yang Dihuni Jin Islam

 


Di bandar Derbent iaitu sebuah bandar yang terletak di wilayah Dagestan, iaitu sebuah wilayah Muslim terbesar di Russia, terdapat sebuah kubu lama.


Kubu ini juga merupakan kubu paling tertua ataupun kubu paling lama yang terdapat di negara Russia.


Kubu ini bernama kubu Naryn-Kala. Kubu ini dibina sejak abad keenam lagi oleh orang-orang Parsi. Ketika itu, Dagestan terletak di bawah pengaruh Empayar Sassanid.


Naryn-Kala bermaksud kubu bercahaya. Tujuan kubu ini dibina adalah sebagai pelindung dan pertahanan bagi Empayar Sassanid bagi bahagian Asia Barat dan Transcaucasian daripada serangan musuh.


Untuk membina kubu ini, kerajaan Sassanid memerlukan seramai 10,000 orang tentera, 6,000 orang jurubina serta 300 orang arkitek. Sehinggalah tahun 1813, barulah kubu ini menjadi milik Russia.





Apa yang menarik tentang Kubu Naryn-Kala kala adalah kisah urban legendnya.


Ada urban legend yang mengatakan selain daripada fungsi sebagai pertahanan, kubu Naryn-Kala juga digunakan sebagai markas bagi khadam empayar Sassanid yang terdiri daripada makhluk halus.


Bukan itu sahaja, di dalam kubu ini juga terdapat satu pintu di mana pintu itu menjadi penghubung bagi alam manusia dengan alam jin.


Ramai juga pengunjung yang datang melawat kubu ini tersesat di dalam kubu ini dan tidak jumpa jalan keluar.


Mungkin juga kerana saiz kubu ini yang besar tetapi orang-orang tempatan akan menasihati anda supaya sentiasa beringat jika masuk ke dalam kubu ini kerana bimbang anda termasuk pintu ke alam lain itu.


Selain itu, pengunjung juga ramai yang mengadu terlihat kelibat manusia misteri memakai pakaian perang lama era Sassanid yang mampu mereka lihat dalam sekali kerdipan mata sahaja.


Sehinggalah ke hari ini, pintu tersebut masih ada dalam misteri tentang kubu jin ini masih kekal sampai sekarang.


Menarik juga kan? Tak sangka bangsa lain juga percaya khadam apabila perang.


Kredit: Iskandar Zulfaqar

Post a Comment

0 Comments