Maria Dr0gol, Anak Empat Tahun Dipukul Hingga Mati

 


Pilu apabila seorang wanita di Argentina dirogol, manakala anaknya yang berusia empat tahun dipukul hingga mati.


Daily Mail melaporkan kejadian berlaku ketika mereka bersiar-siar di pantai Cueva de los Leones di bandar Puerto Deseado, di sini.


Mangsa, Maria Subelza, 44, dilempar dengan batu sebelum salah seorang lelaki terbabit merogolnya manakala yang lain mengacukan pisau kepada Santino iaitu anak wanita berkenaan.


Pada kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Maria terselamat kerana berpura-pura mati, namun anaknya meninggal dunia kerana parah di bahagian kepala.


Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki berusia 16 dan 24 tahun kerana disyaki terbabit kes berkenaan.


Suami Maria, Celso berkata, dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku terhadap isteri dan anaknya itu.


“Saya berada di Rosario de la Frontera, Salta ketika kejadian dan amat sedih selepas menerima perkhabaran itu.


“Macam tak percaya kerana isteri saya memang suka berjalan di pantai itu bersama anak kami,” katanya yang bekerja sebagai tukang kayu.


Insiden tragis itu mengundang protes aktivis wanita yang tidak berpuas hati dan menuntut keadilan buat Maria.


Akhbar tempatan melaporkan Maria mengenal pasti wajah dan suara suspek berumur 24 tahun yang tidak dapat didedahkan namanya.


Seorang lagi suspek iaitu remaja berumur 16 tahun ditahan hasil maklumat daripada saksi yang melihatnya di tempat kejadian.


Maria bersama anak Santino dan suami





Post a Comment

0 Comments