(Video) - Mike Tyson Tumbuk Berkali-Kali Muka Seorang Lelaki Selepas Serabut Tanya Macam-Macam

 



Washington: Bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson membelasah seorang penumpang di dalam kapal terbang selepas dilaporkan terganggu dengan tindakan lelaki itu yang mahu bercakap dengannya.


Rakaman video telefon bimbit menunjukkan Tyson bersandar di tempat duduknya dan melepaskan tumbukan berkali-kali ke muka penumpang malang itu yang mengalami kecederaan dan berdarah dalam insiden semalam.


"Iron Mike" pada mulanya tampak tiada masalah berbual dengan lelaki terbabit dan rakannya ketika mereka menaiki penerbangan ke San Francisco tetapi mula bertindak balas selepas tidak senang dengan 'provokasi' berterusan ke atasnya, menurut laman web TMZ.


Penumpang terbabit mahu terus berbual dengan bekas jaguh tinju berusia 55 tahun itu.


"Tyson berang dengan lelaki di belakangnya yang asyik bercakap dekat dengan telinganya dan menggesa bertenang. Apabila dia enggan ketika itulah saksi melihat Tyson mula menumbuk berkali-kali ke muka lelaki itu ."


Tyson dilaporkan turun daripada pesawat sebelum ia terbang ke Florida. Polis, syarikat penerbangan JetBlue dan wakil Tyson enggan memberi ulasan insiden itu.




Mike Tyson Training - masih seorang gergasi rakus

Post a Comment

0 Comments