Kes Pengawal Keselamatan Dibelasah: Ahmad Noor Azhar Disiasat Di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

 


Tular sebuah video berdurasi 2 minit 16 saat tahun lepas memaparkan seorang lelaki bertindak mengasari seorang pengawal keselamatan hingga pengsan. Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Ipoh, dikatakan suspek bertindak memarahi pengawal keselamatan kerana anaknya dihalang untuk mandi kolam kondominium berkenaan atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Pihak polis mengesahkan video yang viral sejak 26 Ogos 2021 itu memaparkan pengawal keselamatan diserang seorang lelaki hingga parah di sebuah kondominium berlaku tahun lalu dan suspek sudah didakwa.


Pada 6 Januari 2021 suspek disiasat mengikut seksyen 335 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa. 


Mangsa pengsan dan cedera di bahagian belakang kepala dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan. Kertas siasatan kes kemudian  dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya pada 5 Januari 2021 dan didakwa di Mahkamah Majistret keesokan harinya.


29 Disember 2020 - Pengawal keselamatan dipukul

26 Ogos 2021 - Video tular selepas keluarga tidak puas hati pengawal itu koma, hospital mengesahkan pengawal keselamatan terkena jangkitan kuman pada paru-paru.

27 Ogos 2021 - Mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya, keluarga bertindak menularkan semula rakaman dan gambar suspek


Pada 31 Ogos 2021, polis mengkelaskan semula kes ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, pada hari sama kematian mangsa, jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati. 


Dalam pada masa yang sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu merangkap Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu  Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, biar isu itu diselesaikan pihak polis. Daripada maklumat yang diperolehi tertuduh adalah Ahli Bersatu Perak. Berita yang tular mendakwa suspek adalah Ketua Armada Bersatu Kota Bharu adalah tidak benar.


Isteri kepada mendiang yang sentiasa di sisi dan melihat penderitaan mendiang suaminya sehingga menghembuskan nafas terakhir. 



Disebabkan itu, E Philomena 59 berkata hatinya tidak akan tenang sekiranya pelaku yang menyebabkan kematian suaminya S Thavasagayam 64 tidak mendapat pembelaan.


Thavasagayam akhirnya meninggal dunia selepas mendapat rawatan selama lapan bulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat diserang ketika bertugas di kolam renang. 


Sebelum kejadian mangsa seorang yang sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan, mangsa terlantar dan dalam tempoh rawatan dia menjalani lapan kali pembedahan akibat kecederaan di otak kanan.


Sejak kejadian itu, mangsa tidak boleh bercakap dan terpaksa menggunakan tiub di tengkuk untuk minum susu, setiap hari isterinya menjaganya sebelum dia meninggal dua hari selepas dibawa dari hospital ke rumah di Taman Buntong Ria. 


Pasangan itu tidak dikurniakan anak selepas 18 tahun berkahwin dan mendiang Thavasagayam disifatkan keluarga sebagai seorang yang penyabar dan penyayang dan disenangi jiran mereka. Sementara itu anak saudara Philomena, Nelson Raj 36 berkata ibu saudaranya murung dan kesihatan juga semakin merosot selepas insiden yang berlaku dan mahu menuntut keadilan buat mendiang.


Pada 3 September 2021 polis mengatakan tertuduh tidak boleh ditahan semula tetapi tuduhan lebih berat akan dikemukakan di mahkamah. Ini kerana Artikel 7 (2) Perlembagaan Persekutuan kecuali jika sabitan atau pembebasan itu dibatalkan dan perbicaraan semula diadakan atas arahan mahkamah tinggi.


Tertuduh dibenarkan diikat jamin sehingga sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Ipoh, Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi bagaimanapun berkata, polis perlu menahan semula Azhar susulan kematian mangsa, bagi kesalahan mencederakan boleh diikat jamin tetapi pertuduhan bunuh tidak ada ikat jamin. 


4 September 2021, pihak polis telah merujuk semula kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan pihak pendakwaan telah memberi beberapa arahan untuk dilengkapkan ekoran berlakunya kematian dalam kes itu. Kertas siasatan kemudian telah dikembalikan semula kepada Pejabat Peguam Negara serta menunggu arahan selanjutnya.  



Pada 9 September 2021, tertuduh yang juga seorang ahli perniagaan didakwa atas pertuduhan membunuh selepas mangsa meninggal dunia pada 27 Ogos 2021.


Mahkamah Majistret Ipoh meminda pertuduhan susulan pihak polis mengklasifikasikan semula kes terbabit dan Jabatan Peguam Negara bersetuju meminda pertuduhan daripadavSeksyen 335 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Tiada pengakuan direkodkan tertuduh Ahmad Noor Azhar Muhammad 33 selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus. Mengikut pertuduhan Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thavasagayam di Tingkat 7 Menara Majestic Jalan CM Yusuff antara jam 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020. Oleh yang demikian tertuduh didakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Bagi seksyen 335 Kanun Keseksaan mahkamah melepaskan tertuduh tanpa membebaskannya (DNAA). 


Pada 12 Januari 2022 Mahkamah Majistret memerintahkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Rata Fatin Hosna Mohamad Zikri untuk memindahkan kes yang dihadapi Ahmad Noor Azhar Muhammad, ke Mahkamah Tinggi.


Mahkamah Majistret tidak mempunyai bidang kuasa dalam menentukan sebarang hukuman lanjut memandangkan kes bunuh tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi. 


Kes masih lagi dibicarakan di mahkamah sehingga kini, semoga ada keadilan untuk mangsa dan keluarga mendiang, tidak kira bangsa apa sekalipun, sikap saling hormat menghormati perlu diutamakan.

Post a Comment

0 Comments