"Lawak menari macam tu.." netizen percaya Fasha bukan jenis kaki club

 


Menjadi seorang pelakon bukanlah perkara yang mudah. Profession ini memerlukan bakat dalam pengubahan emosi yang kuat. Ini kerana lakonan sentiasa bermain dengan emosi dimana kita perlu menjiwai sesuatu watak itu dan memahami setiap emosi watak tersebut. Bukan itu sahaja, ia memerlukan fokus yang tinggi kerana menjiwai watak itu memerlukan waktu dalam memahami skrip yang diberikan.


Siapa lagi yang tidak mengenali pelakon wanita tempatan, Fasha Sandha. Beliau yang memulakan karier beliau sejak tahun 2002 dengan berlakon dalam sebuah filem berjudul Black Maria dan seterusnya membina nama dalam beberapa drama televisyen sehingga sekarang.


Fasha Sandha sangat berkaliber dalam menonjolkan karakter dalam setiap watak yang dibawa. Lebih-lebih lagi watak-watak sedih kerana beliau dikenali dengan lakonan mantap beliau dalam watak-watak sedih dalam drama yang pernah beliau jayakan.


Baru-baru ini juga beliau telah menjayakan sebuah drama bersiri televisyen berjudul ‘Dendam Seorang isteri’ di bawah terbitan RadiusOne Sdn Bhd melakonkan antara watak utama iaitu Amira dimana Amira seorang isteri yang dianiaya oleh suaminya sendiri.


Terdapat sebuah potongan drama dari drama’ Dendam Seorang Isteri’ tersebut yang dikongsikan oleh Fasha Sandha dimana didalam video tersebut Fasha Sandha sedang berlakon menari.


Di dalam video tersebut, watak Amira yang dilakonkan Fasha Sandha sedang menari melayan lagu di dalam pusat hiburan bersama watak Harris yang dilakonkan oleh Wan Raja.



Ramai netizen yang mengikuti drama bersiri tersebut hingga ke episod yang terbaru.


Ada yang memberi komen terhadap lakonan menari Fasha Sandha yang kelihatan kekok dan merasakan beliau kekok menari itu mungkin kerana Fasha tidak pernah memasuki tempat hiburan seperti dalam drama tersebut.



Mengikuti perkembangan drama bersiri ‘D3ndam Seorang Isteri’ tersebut, drama tersebut sudahpun menayangkan episod ke 37 dan ditayangkan di tv astro Prima. Bukan sahaja Fasha Sandha dan Wan Raja membintangi drama tersebut, pelakon lain seperti Nad Zainal, Roy Azman dan ramai lagi membantu dalam menjayakan drama tersebut.


Sumber: Instagram Fasha Sandha

Post a Comment

0 Comments