(Video) - Kucing Bernama Yogi Punyai Follower 32,000 Di Tiktok Mati Diracun

 

Yogi yang mempunyai 31,200 pengikut di TikTok, ialah kucing selebriti di media sosial, kata pemiliknya, Al Farrah Sherrina Zulkifle.

Petaling Jaya: Seekor kucing selebriti dengan ribuan peminat di media sosial mati diracun bersama beberapa kucing lain dalam kezaliman terbaru terhadap binatang di ibu negara.


Yogi mempunyai 31,200 pengikut di TikTok, tetapi menjadi mangsa kekejaman manusia apabila dijumpai mati dengan empat kucing lain di perkarangan sebuah flat di Desa Pandan, Sabtu lalu, menurut pemiliknya Al Farrah Sherrina Zulkifle.


Beliau mendakwa sekurang-kurangnya 10 ekor kucing termasuk Yogi, dibunuh akibat racun di kawasan itu sejak seminggu lalu. Ada antaranya kucing jalanan dan yang lain dipelihara penduduk setempat.


“Bagaimana seseorang begitu kejam terhadap haiwan? Jika mereka tidak suka kucing, mereka boleh beritahu kami dan kami akan melakukan sesuatu bagi memastikan kucing itu dilindungi,” kata Sherrina.


Farrah berkata, kematian Yogi dan empat ekor kucing lain mengejutkan komuniti pencinta haiwan peliharaan dalam talian yang menuntut tindakan diambil terhadap pelaku.

Yogi, yang merupakan baka tempatan berbulu panjang, ialah kucing peramah dan akan melindungi rakannya.


Farrah bercadang membuat laporan kepada polis dan persatuan kebajikan haiwan.


Buat masa ini katanya, beliau tidak tahu siapa atau jenis racun yang digunakan untuk membunuh kucing berkenaan, tetapi jirannya mengesyaki racun tikus adalah puncanya.


Doktor haiwan mengesahkan punca kematian itu akibat keracunan.


Farrah berkata, jirannya mengetuk pintunya pada 8.30 pagi Sabtu lalu untuk memaklumkan Yogi dan kucing lain ditemui tidak bergerak di tingkat bawah bangunan itu.


Katanya, Yogi adalah baka tempatan berbulu panjang. Ia manja dan bersifat melindungi rakannya.


“Semua jiran kenal Yogi kerana ia manja. Ia membiarkan manusia membelainya. Yogi tidak pernah bergaduh dengan kucing lain di blok ini, tetapi selalu menjadi pelindung apabila kucing luar muncul.


“Yogi akan mengekori saya ke mana saja saya pergi di sekitar blok ini. Jika saya keluar mencari kucing lain yang hilang, ia akan ikut sama.


“Kini seluruh komuniti kucing di blok ini sudah tiada,” katanya.


@yogiandkids Sahabat semua, Yogi dan Oyen telah dijumpai mati dipercayai diberi racun tikus. Ada org yang membenci makhluk allah ni dan tergamak beri mereka makan racun. Semoga allah beri balasan kpd org zalim ni nanti. #yogithecat #yogiandkids #yogiinmemories #sadday #14052022 #perginyatiadapeganti #gonnamissyou #lifeisshort ♬ original sound - Yogi & kids

Post a Comment

0 Comments