‘Bakti Terakhir Anak..’ Irsyad MeninggaI Ketika Hantar lbu Ke Tempt Kerja, lbu Parah

 


Melaka: ‘Bakti Terakhir Seorang Anak’ itulah ungkapan yang sesuai buat Allahyrham Muhammad Irsyad Izzuan menunaikan bakti terakhir untuk ibunya sebelum mninggaI dunia.


Arwah sempat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang soleh, memudahkan urusan ibunya sebelum menemui ajaI.



Sebelum nahas berlaku arwah dikatakan dalam perjalanan menghantar ibunya yang dikenali sebagai Puan Marsita ke tempat kerja di JPJ Melaka.


Kebiasaannya si ibu akan memandu kereta sewaktu pergi ke tempat kerja, kemudian arwah pula akan memandu kereta ketika pulang selepas selesai menghantar ibunya.


Sewaktu dalam perjalanan pergi itulah kemaIangan tragis tersebut berlaku.


Kereta kelisa yang dipandu oleh si ibu tiba-tiba hiIang kawaIan sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.



Kejadian maIang yang meragut nyawa anak sulung dari 4 orang adik beradik ini berlaku diselekoh jalan Tehel.


Arwah yang duduk kerusi bahagian penumpang dikatakan meninggaI dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.


Si ibu pula turut mengalami kecederaan parah. Dimaklumkan si ibu mengalami patah 4 tuIang rusuk serta retak tuIang dibahagian pingguInya dan kini dirawat di Hospital Jasin.


Jenazah arwah kemudian telah dibawa ke Hospital Jasin bagi menjalani proses saringan c0vld-19 sebelum dibedah siasat.


Proses mandi dan kafan keatas jenazah lelaki berusia 21 tahun ini telah disempurnakan oleh rakan-rakan UKVJ Melaka.


Jenazah disempurnakan dibilik pengurusan Hospital Jasin dengan dibantu oleh ahli keluarga arawh.


Jentera Wakaf UKVJ-02 yang membawa jenazah arwah dari Hospital Jasin telah diiringi oleh pasukan JPJ Melaka sehingga ke tanah perkuburan.


Jenazah sebelum itu dihantar ke Masjid untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Tangga Batu.


Alhamdulillah proses pengebumian jenazah arwah berjalan lancar dan selesai sekitar 10.30 malam tadi hasil bantuan pihak kariah.


Difahamkan si ibu melihat pengurusan buat anak lelaki kesayangannya itu dari live yang dibuat oleh rakan- rakan UKVJ Melaka.



Bayangkan betapa sdihnya si ibu apabila tidak dapat melihat dan memeIuk cium jenazah anaknya buat kali terakhir.


Semoga Allah tempatkan dalam kalanagan orang yang soleh aminn



Sumber: mr wan chai/ dbongkar

Post a Comment

0 Comments