"Berehatlah Kak Dib.." Ramai Yang Sanggup Jaga Anak-Anak Kak Dib Lepas Ni

 


Adibah Noor Binti Mohammed Omar atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Dib (52) mengejutkan ramai  dengan pemergiannya pada 7.15 malam semalam akibat menderita kanser ovari. 


Menurut rakan artis, kanser tersebut telah dideritainya selama 4 tahun namun merahsiakannya  daripada pengetahuan umum. 


Khabar pilu ini telah dikongsi bersama peminat- peminat kak Dib apatah lagi ramai yang sedih kerana kehilangan seorang pencinta kucing yang banyak membantu dalam meningkatkan kesedaran untuk menjaga dan melindungi kucing jalanan. 


Walaupun beliau tidak berkahwin dan tiada anak, kucinglah sebagai peneman dan seperti 'anak-anaknya' sendiri. Sebelum ini kak Dib pernah berkongsi pengalannya menjaga kucing- kucing kesayangan di rumah. 


“Bukan mudah untuk menjaga 41 ekor kucing kerana saya membeli makanan yang berkhasiat untuk mereka. 


Tanggungjawab yang dipikul tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dibuat dengan baik.




“Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka." - Adibah Nor


Semoga dengan amal dan jasanya di dunia terhadap kucing-kucing jalanan, mendapat ganjaran yang besar disisi Allah s.w.t. Aamiin





Post a Comment

0 Comments