Beto Kusyairy 'Bengang' Penonton Rakam Babak Klimaks Filem Mat Kilau Siap Post Dekat Tiktok

 


Hari ini tampak generasi muda mahupun lama bergerak ke pawagam mengenakan busana tradisi masing-masing. 


Dengan berbekal semangat dalam diri untuk menonton filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof ini mendapat pujian ramai maklumlah sudah lama Melayu tidak seperti ini, kekuatan ikatan sesama itu masih lagi kuat sebenarnya.


Filem yang mula ditayangkan pada 23 Jun baru ini telah memecah rekod filem negara pertama meraih kutipan mencecah satu juta dalam tempoh satu hari sahaja. 




Hari ini memasuki hari ketiga filem ini akan ditayangkan, buat yang samar-samar sebelum nak menonton filem ini, baca la sedikit sejarah ringkas Mat Kilau tu siapa, moga kita dapat aura perjuangan lagenda terdahulu masa menonton nanti.


Dalam pada itu, tidak terlepas juga isu kontroversi di mana Beto Kusyairy memuat naik status di facebooknya ada segelintir orang telah merakam babak klimaks dalam cerita Mat Kilau dan di update di sebuah media sosial bernama Tiktok.


" Siap tag Beto Kusyairy lagi, korang ni tak takut kena tindakan ke, bukan ke sebelum tayang dah cakap jangan rakam



Peringatan untuk semua kita perlulah menghormati hasil karya orang, jangan tiru atau rakam idea orang sesuka hari, boleh kena tindakan wo. Layanlah filem tu dengan penuh perasaan.


Kata Netizen:






Sumber: Facebook Beto Kusyairy

Post a Comment

0 Comments