Kajian: Kesan Buruk Ini Banyak Menimpa Wanita Kerana Kerap Melakukan O*nani

 


Terdapat beberapa kesan buruk bagi perempuan yang kerap mengamalkan onani. Perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan ini telah mendapat tanda suka seramai 16 ribu orang.


Anatar kesan buruk tersebut ialah: 


1) Risiko pecah dara


2) Sukar mencapai klimaks bila hubungan seks sebenar


3) Klitoris (kelentit) kurang sensitif


4) Ketagih onani


5) Keghairahan seks sebenar berkurangan


6) Risiko kencing kotor


7) Luka pada dinding faraj


Adakah onani dibolehkan dalam Islam? 


Ulama khilaf dalam hal ini. Yang masyhur bahawa hukumnya ialah haram berdasarkan nas al-Quran ayat kelima sehingga ketujuh surah al-Mukminun. Kami menyebut huraian Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab beliau, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam:


“Perbuatan ini diharamkan oleh ramai ulama mazhab Maliki (termasuk juga Syafieyyah). Mereka mengambil dalil berdasarkan firman Allah:


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَىٰ 

وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7


Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Surah al-Mukminun, (23 : 5-7)


Oleh itu orang yang melakukan onani atau melancap untuk tujuan melepaskan kepuasan ialah orang yang mencari kepuasan selain dari perkara yang dibolehkan oleh hukum Islam.


Jika telah melakukannya mohonlah ampun kepada Allah dan segera bertaubat.

Post a Comment

0 Comments