Kes Berprofil Tinggi: Ramai Fikir Sebab 1MDBb Datuk Kevin Morais Dibunuuh Secara Tragis, Rupanya Ada Kisah Lain Di Sebalik Cerita

 


Datuk Anthony Kevin Morais merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Pada september 2015, kita dikejutkan dengan kes pembunuuhan Datuk Kevin Morais yang maati secara mengerikan. 


Datuk Kevin Morais dilaporkan hilang kerana diculik ketika dalam perjalanan menuju ke pejabatnya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.


Selepas 13 hari, maayat Datuk Kevin Morais ditemui di dalam sebuah tong konkrit dan disimen di Jln Subang 3 Taman Subang Mewah USJ1, Anthony Kevin Morais dipercayai dimasukkan ke dalam guni dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong dram, suspek kemudian dipercayai menyimen tong berkenaan sebelum membuangnya ke dalam paya di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, Subang Jaya berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chee Wen. 

Mayat yang telah disimen dalam tong dram sedang digerudi anggota bomba


Polis terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk menarik tong dipercayai tempat Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais disembunyikan, sebelum itu sepasukan anggota penyelam didapati menjalankan kerja-kerja mencari tong berkenaan dalam sungai berhampiran di lokasi kejadian.


Mayaat Morais dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani proses forensik selepas selesai kerja memecahkan tong konkrit oleh anggota bomba.


Kronologi pembunuuhan Kevin Morais 2015 sehingga 2020


Pada 4 september 2015 Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang rakan  serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.


Kejadian ini bermula apabila empat penculik yang kemudian menjadi pembunuuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya, tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin Morais telah turun dari kereta untuk memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan  beliau diculik. Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam keadaan kesesakan lalu lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya. 


Tiga orang berperanan memasukkan Morais ke dalam pickup jenis Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa, menurut polis sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal. 


Dalam pada itu, sumber polis memberitahu pembunuuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuuhnya. Pada 5 September 2015 petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakarr di Ladang Kelapa Sawit Kampung Sungai Samak Hutan Melintang Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan.

Kereta Datuk Anthony Kevin Morais yang dibakar dan dirosakkan telah dijumpai di ladang kelapa sawit Kampung Sungai Samak Hutan Melintang Perak


Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang. Davveen memaklumkan kepada abang Morais Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang jam 5.04 petang.


6 September 2015 polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenalpasti kenderaan yang ditemui terbakarr untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya, polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang.


Polis telah menubuhkan satu pasukan khas siasatan yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad.


9 September 2015 tersebar khabar angin mayaat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara tersebut, polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais, kes ini disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculiik.


Pada 14 September 2015 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan, Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek.


16 September 2015 sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak, sepasukan pasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian. Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda, petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian, polis sahkan mayaat Morais ditemui dalam sebuah tong dram yang diisi konkrit.


Pada 17 September 2015 suspek berusia 52 tahun dipercayai doktor perubatan anggota tentera Malaysia ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuuhan beprofil tinggi tersebut. Motif pembunuuhan Morais berkaitan dengan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun dan pada hari yang sama, rakaman CCTV ketika Morais dilarikan didedahkan polis bagi mengesan saksi kejadian.

Dr Kunasegaran suspek utama dibawa ke mahkamah kerana bermotifkan dendam yang beliau didakwa Morais dalam penerimaan suapan daripada syarikat pembekal ubat pada hospital angkatan tentera


Pada 20 September 2015 polis cari dua suspek untuk bantu siasatan pembunuuhan Kevin, polis telah menahan seorang lelaki warga India di Tanjung Malim Perak bagi membantu siasatan.


Suspek R.Danishwaran yang dikeluarkan gambarnya tiga hari lalu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada jam 4.15 petang.


Pada 21 September 2015 seorang daripada dua individu yang dicari ditangkap di Padang Serai Kedah, polis mengesahkan sudah menahan 11 orang bagi membantu siasatan kes itu.


Pada 23 September 2015 Mayaat Kevin sepatutnya dituntut keluarga untuk pengebumian namun keluarga menolak kerana mahu menunggu laporan penuh bedah siasat.


Pada 7 Januari 2016 tujuh lelaki termasuk doktor tentera yang didakwa membunuuh dan bersubahat membunuuh Morais yang ssbelum ini didakwa di Mahkamah Majistret dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Pada 6 April 2016 hari pertama perbicaraan tujuh lelaki yang didakwa membunuuh Morais di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan tertuduh kedua G.Gunasekaran daripada pertuduhan membunuuh Morais kerana tertuduh mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan menyembunyikan mayaat dan melupuskan kereta Morais. 


Pada 20 November 2017 keputusan kes pembunuuhan Morais di akhir pendakwaan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan enam lelaki membela diri.


Pada 11 Jun 2020 hujahan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan bagi kes bunuuh Morais di akhir pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Pada 10 Julai 2020 keputusan di akhir pembelaan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan enam lelaki dihukum gantuung selepas didapati bersalah membunuuh Morais.


Hakim Datuk Azman Abdullah berkata dengan ini, keenam-enam mereka dengan niat bersama didapati bersalah dan dengan ini dihukum mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan dihukum gantuung sampai maati.


Untuk rekod Wan Abdullah dan pasukannya berjaya mengumpul dan mengemukakan 180 bahan bukti dalam kes ini termasuk dar lokasi Restoran Syed Bistro di Kuala Selangor, sebuah bengkel dan hotel di Petaling Jaya dan Hutan Melintang Perak. 


Antara bahan bukti yang ditemui adalah mesin canai dan barang peribadi mendiang Kevin Morais seperti jam tangan, beg duit dan cincin, untuk pengetahuan anda, hendak membuat pengecaman barang-barang bukti tersebut terpaksa menghabiskan masa 5 jam melakukannya di depan hakim.


Jadi siapakah 6 orang yang dituduh membunuuh Morais ini???


Pakar Patologi Kolonel Dr Kunasegaran berusia 57 tahun, pemberi pinjaman wang S Ravichandran berusia 49 tahun, serta empat orang penganggur R.Danishwaran 28 tahun, A.K Thines Kumar 27 tahun, M.Vishwanath 30 tahun dan S.Nimalan 27 tahun.



Mesti kita tertanya-tanya dan persoalannya apakah motif pembunuuhan ini???


Masyarakat sendiri telah memberikan beberapa motif berkenaan kes pembunuuhan ini, antaranya yang pertama ialah dendam seorang doktor.


Motif sebenar dan jelas adalah kerana seorang Kolonel tentera Dr.R.Kunasegaran Ketua Makmal Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju berdendam dengan Kevin kerana mendakwanya terlibat dalam kes rasuah berjumlah hampir RM700,000. Kunasegaran didakwa meminta menerima rasuah daripada pemilik syarikat persendirian sebagai dorongan bagi membolehkan syarikat terbabit membekalkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada hospital. Kemarahan Kunasegaran memuncak sehingga sanggup melakukan jenayah terancang yang cukup kejaam ini. 


Motif kedua adalah kes 1MDB pihak polis memberitahu pembunuuhan beliau bermotifkan dendam tetapi adik kepada mendiang iaitu Charles percaya abangnya dibunuuh kerana menyimpan banyak rahsia orang yang berkuasa di negara ini. 


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan editor Sarawak Report, yang mendakwa Datuk Kevin Morais adalah individu yang bertanggungjawab membocorkan maklumat mengenai skandal 1MDB, sumber yang boleh dipercayai memaklumkan Datuk Kevin Morais telah memberikan maklumat dan surat dakwaan menentang Datuk Seri Najib, kemudian satu akuan berkanun yang dibuat Charles mendakwa Datuk Kevin Morais bertanggungjawab merangka kertas dakwan terhadap Datuk Seri Najib dan beberapa surat dakwaan telah dihantar kepada Sarawak Report.


Adik Kevin Morais, Charles Suresh Morais mendakwa abangnya mungkin dibunuuh disebabkan beliau mengetahui banyak mengenai mereka yang berkuasa. Charles membuat dakwaan itu melalui akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya di tengah-tengah pertikaian mayaat mendiang sambil percaya terdapat komplot oleh mereka yang berkuasa di tahap tinggi untuk menentang abangnya.


Walaubagaimanapun selepas Charles mengeluarkan akuan bersumpah itu, beliau telah terbang ke Amerika dan menghilangkan diri.


Charles disuruh untuk membuat laporan polis kononnya terdapat beberapa orang ternama dalam kes bunuuh Kevin Morais, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed juga menasihatkan Charles agar tidak membuat apa-apa dakwaan tanpa siasatan pihak polis.


Sumber: Utusan, BH online, facebook, TV3, Astro Awani

Post a Comment

0 Comments